[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
GADGETS

Intel hidupkan semula teknologi 14nm dengan Core i5-110

Amanz 13/09/2025 | 03:45 MYT
Intel memperkenalkan cip Core i5-110 yang sebenarnya penjenamaan semula cip lama Core i5-10400 berasaskan teknologi 14nm. -Gambar fail/Amanz
CIP pemprosesan Intel akan datang, iaitu Intel Panther Lake dan Nova Lake akan dibangunkan menggunakan proses 18A dan 14A (1.8nm, 1.4nm) terkini dan paling maju mereka, yang dilihat akan menjadi satu titik permulaan baru dari segi pengembalian syarikat tersebut sebagai sebuah pengeluar cip semikonduktor gergasi.


Ringkasan AI
  • Intel memperkenalkan cip Core i5-110 yang sebenarnya penjenamaan semula cip lama Core i5-10400 berasaskan teknologi 14nm.
  • Cip ini mempunyai 6 teras, 12 bebenang kuasa, kelajuan asas 2.9GHz dan Turbo Boost sehingga 4.3GHz, serta menyokong memori DDR4-2666 sehingga 128GB.
  • Langkah ini dilihat janggal kerana ia menggunakan teknologi lama walaupun Intel sedang bersedia melancarkan cip generasi baharu Panther Lake dan Nova Lake dengan proses 1.8nm dan 1.4nm.


Tetapi dalam satu langkah yang dilihat sangat aneh, mereka telah memperkenalkan sebuah cip pemprosesan baru, Intel Core i5-110 yang merupakan penjenamaan daripada model cip lama, Intel Core i5-10400 yang dibina menggunakan proses 14nm.

Cip pemprosesan ini hadir dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa dan kelajuan asas 2.9GHz dengan kelajuan Turbo Boost 4.3GHz.

Cip pemprosesan ini dilancarkan baru-baru ini, dan menurut Intel, adalah untuk digunakan pada komputer-komputer dengan tanda harga sekitar $200.

Ia juga menyokong penggunaan memori DDR4-2666 setinggi 128GB dalam konfigurasi peranti seperti komputer dan tablet, mungkin untuk syarikat-syarikat

Pengenalan model cip pemprosesan ini menggunakan teknologi CPU yang sudahpun dijangka pupus adalah sesuatu yang agak mengelirukan, khususnya apabila siri cip pemprosesan Intel generasi ke-10 Comet Lake dan ke-11 Rocket Lake kelas desktop sudah pun ditamatkan pengeluarannya. -Amanz





#semikonduktor #Intel #cip Core i5-110 #teknologi 14nm