awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm

Amanz
Amanz
23/02/2024
10:20 MYT
Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm
Apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina yang dibangunkan oleh klien mereka. -Gambar fail
INTEL ialah syarikat teknologi yang cukup terkenal untuk penawaran cip pemprosesan mereka yang menguasakan sejumlah besar komputer dan mesin pelayan di seluruh dunia.
Selain daripada itu, mereka juga adalah sebahagian daripada kumpulan kecil syarikat-syarikat pengeluar yang membekalkan sebahagian besar syarikat teknologi lain dengan komponen-komponen cip semikonduktor yang berkuasa.
Melalui Intel Foundry Services, syarikat yang bertanggungjawab untuk mengilangkan komponen-komponen semikonduktor untuk klien Intel, mereka dilihat mahu menawarkan perkhidmatan pengilangan cip semikonduktor kepada syarikat-syarikat seperti AMD, NVIDIA dan Qualcomm, menandingi penawaran syarikat-syarikat seperti TSMC dan Samsung.
Pat Gelsinger, CEO Intel di acara Intel Foundry Services Direct Connect mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk Intel kekal kompetitif dalam arena pengeluaran cip semikonduktor ialah dengan menawarkan proses pengeluaran cip paling maju mereka kepada syarikat-syarikat yang boleh dipanggil sebagai pesaing dalam arena penawaran produk cip pemprosesan.
Menjawab pertanyaan tentang konflik kepentingan, Pat Gelsinger mengatakan bahawa Intel Foundry akan hadir dengan penyata kewangan yang berbeza dan beberapa perlindungan untuk memastikan kedua-dua bahagian syarikat ini boleh beroperasi tanpa sebarang konflik.
Malah, beliau mengatakan lagi bahawa apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina yang dibangunkan oleh klien mereka.
Perkara ini masih lagi berada di alam teori, tetapi menunjukkan masa depan yang ingin dicapai oleh Intel. -Amanz
Topic Berkaitan
#CEO
#cip pemproresan
#Samsung
#semikonduktor
#Pat Gelsinger
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan