GADGETS
Intel tiada perancangan henti pengeluaran GPU Arc
NVIDIA mengejutkan dunia teknologi dengan pembelian sekitar 5% saham Intel bernilai AS$5 bilion, sekali gus membuka jalan kepada integrasi GPU NVIDIA dalam cip pemproses Intel pada masa depan. -Foto Amanz
PEMBELIAN sekitar 5% saham Intel oleh NVIDIA minggu ini adalah antara berita yang paling mengejutkan dunia teknologi.
Ringkasan AI
Intel yang sedang bertarung untuk terus wujud diberikan $5 bilion of pesaing secara mengejut. Antara yang disahkan oleh CEO NVIDIA, Jensen Huang ialah cip pemproses Intel selepas ini akan dilengkapi GPU NVIDIA.
Bagi yang ingin mengetahui masa depan GPU Intel Arc, wakil Intel mengatakan mereka tidak mempunyai perancangan untuk menghentikan pengeluarannya pada waktu ini menurut laporan PCWorld.
Hala tuju produk Intel masih belum berubah daripada perancangan asal.
Kad grafik Intel Arc Battlemage ditawarkan sebagai alternatif mampu milik kepada produk keluaran NVIDIA dan AMD.
Penghentian produk akan mengurangkan persaingan dan ini ialah berita buruk buat pengguna yang semakin kekurangan pilihan berbanding 20 tahun lalu.
Sejauh manakah Intel akan benar-benar kekal dengan Arc hanya akan diketahui selepas hala tuju asal tamat.
Sejak melakukan program pengurangan kos, Intel menghentikan pengeluaran cip AI dan nod tertentu pada waktu yang sama ingin menawarkan produk lebih kompetitif. -Amanz
Ringkasan AI
- NVIDIA mengejutkan dunia teknologi dengan pembelian sekitar 5% saham Intel bernilai AS$5 bilion, sekali gus membuka jalan kepada integrasi GPU NVIDIA dalam cip pemproses Intel pada masa depan.
- Intel mengekalkan hala tuju asal dan tidak merancang menghentikan pengeluaran kad grafik Arc seperti Battlemage, yang ditawarkan sebagai alternatif mampu milik kepada produk NVIDIA dan AMD.
- Intel sedang melaksanakan pengurangan kos termasuk menghentikan pengeluaran cip AI dan nod tertentu, namun kekal fokus menawarkan produk lebih kompetitif di pasaran.