Untuk meningkatkan tahap keefisienan pengangkutan awam, internet digunakan dalam penyampaian perkhidmatan tersebut di China.
Pengarah Kanan Jabatan Strategi Ant Financial, Sun Tao berkata integrasi internet yang dilakukan dalam sistem pengangkutan awam di China bukan sahaja telah meningkatkan operasi perkhidmatan tersebut tetapi juga menarik lebih ramai rakyat di sana untuk menggunakannya.
"Sebagai contoh, kaedah pembayaran dengan hanya menggunakan Kod QR yang dimiliki setiap telefon pintar memudahkan pengguna untuk membeli tiket.
"Selain itu, real-time data ataupun maklumat terkini mengenai kesesakan lalu lintas juga membantu pengguna untuk merancang perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain," kata beliau.
Tambahnya, jika teknologi terus berkembang pesat, sudah pasti manfaat daripada sistem pengangkutan awam yang cekap bukan sahaja menguntungkan rakyat tetapi juga negara.
"Pernah dilaporkan sebelum ini bahawa sesebuah negara mengalami kerugian sebanyak dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) hanya melalui kesesakan lalu lintas.
"Jadi, jika ia dapat dikurangkan, sudah pasti kualiti hidup rakyat akan meningkat dan seterusnya menjana produktiviti," kata Sun Tao.
Beliau merupakan antara ahli panel yang dijemput untuk berbincang mengenai pembinaan bandar pintar dan bagaimana penggunaan teknologi terkini membantu dalam pembangunan bandar yang lestari.
Selain beliau, terdapat juga wakil daripada negara lain seperti Sepanyol dan Jepun yang membincangkan mengenai agenda dan perancangan mereka dalam pembangunan bandar pintar.
Hafiz Marzukhi
Sun Feb 11 2018
jika teknologi terus berkembang pesat, sudah pasti manfaat daripada sistem pengangkutan awam yang cekap bukan sahaja menguntungkan rakyat tetapi juga negara. -Gambar hiasan
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
Internet dalam memacu sistem pengangkutan awam
Integrasi internet dalam sistem pengangkutan awam di China telah meningkatkan operasi perkhidmatan tersebut.
Touch 'n Go dapat kelulusan Bank Negara untuk E-dompet mudah alih
Perkhidmatan yang menggunakan platform teknologi Alipay, akan diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha samanya dengan Ant Financial Group (Ant Financial).