awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong

Bernama
Bernama
03/06/2024
03:20 MYT
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Kah Woh berkata usaha ini telah menampakkan hasil di mana jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan tersebut telah berjaya dikurangkan sebanyak 1.2 peratus berbanding tahun lalu. - Foto fail/BERNAMA
TAIPING: Langkah intervensi bukan kaedah baharu dan telah diguna pakai secara berterusan bagi menangani masalah keciciran calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Menteri Pendididkan Wong Kah Woh berkata langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan dan kelebihan menduduki peperiksaan tersebut.
"Secara dasarnya, langkah intervensi ini kita telah lakukan sebelum calon-calon menduduki peperiksaan SPM termasuk untuk berikan nasihat dan kaunseling yang bertujuan menyedarkan mereka terhadap kepentingannya.
"Usaha ini telah menampakkan hasil...jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan tersebut telah berjaya dikurangkan sebanyak 1.2 peratus berbanding tahun lalu," katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Kejohanan Malaysia International Muay Championship (MIMAC) di sini, malam tadi.
Pada 27 Mei lepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan KPM akan melaksanakan intervensi mengesan calon tercicir dan memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar bagi menduduki SPM secara ulangan.
Sebelum ini dilaporkan seramai 10,160 daripada 383,685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
Wong berkata pihaknya berpendapat langkah intervensi itu juga mampu mengurangkan masalah keciciran dalam skala yang lebih besar sekiranya mendapat kerjasama penuh daripada semua pihak termasuk ibu bapa.
"Bukan hanya di pihak kerajaan malah kita semua perlu memupuk satu fenomena untuk menggalakkan anak-anak menduduki peperiksaan ini. Jika ini berlaku, saya pasti ia akan menjadi hala tuju untuk mengatasi isu keciciran ini," katanya.
Ditanya mengenai faktor keciciran berlaku, beliau berkata pihaknya mengakui pengaruh media sosial antara punca utama masalah berkenaan.
Sementara itu, Wong berkata MIMAC berjaya menarik kehadiran 240 peserta melibatkan 120 pasukan dari 12 negara termasuk Thailand, Vietnam, Kemboja, Iran, Laos dan Afghanistan.
Tambah beliau tujuan utama pertandingan yang dianjurkan dengan usaha sama KPM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Tomoi Negeri Perak itu adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru selain membangunkan sukan Muay Thai di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keciciran pelajar
#calon SPM
#intervensi
#Wong Kah Woh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan