awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2024
03:40 MYT
IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik
Gelap. Keadaan di dalam IOI City Mall. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Hasrat orang ramai untuk membeli-belah persiapan hari raya Aidilfitri di IOI City Mall Putrajaya terbantut apabila ia ditutup sementara berikutan masalah gangguan bekalan elektrik.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Syedewa hari ini.
Ujar beliau, kiosk perniagaannya yang terletak di dalam pusat membeli belah itu terpaksa ditutup.
"Team saya berada di IOI City Mall memaklumkan di sana tiada (bekalan) elektrik," katanya.
Syedewa turut memuat naik paparan notis pengurusan IOI City Mall yang menyatakan pusat membeli-belah itu ditutup pagi ini.
"Dimaklumkan bahawa IOI City Mall kini berdepan dengan masalah gangguan bekalan elektrik dan kerja baik pulih sedang dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Bekalan elektrik dijangka pulih antara jam 1 hingga 5 petang ini," kata notis berkenaan.
Paparan notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan IOI City Mall. - Foto Sinar Harian
Paparan notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan IOI City Mall. - Foto Sinar Harian
Sementara itu, TNB memaklumkan dua set janakuasa bergerak berkapasiti 1000kVA telah disediakan untuk memberi bekalan kepada kompleks tersebut.
"Pasukan TNB telah tiba di lokasi untuk memulakan kerja-kerja pemulihan kabel yang terjejas, dan kami sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak pengurusan," kata syarikat itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#TNB
#IOI City Mall
#kiosk perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan