awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

iOS 18 dilapor kemas kini iPhone terbesar oleh Apple

Amanz
Amanz
29/01/2024
11:54 MYT
iOS 18 dilapor kemas kini iPhone terbesar oleh Apple
iOS 18 akan dilengkapi dengan sistem AI generatif yang bukan sahaja mampu melakukan pelbagai perkara tetapi turut menyumbang kepada Siri yang lebih bijak. -Amanz
KITA tidak boleh mengelak yang sekarang adalah zaman keagungan kecerdasan buatan generatif.
Perkhidmatan ini kini berada di mana-mana sahaja sehingga ia terus terbina di dalam sistem telefon pintar pada siri Samsung Galaxy S24.
Dengan kebanyakan syarikat teknologi semuanya sudah ada model bahasa raya tersendiri, ramai menantikan apakah pula jawapan oleh Apple?
Apple seperti biasa, mereka akan menjadi yang paling lambat tetapi berpotensi membawa inovasi yang tidak disangka.
Misalnya, Apple ingin menggunakan artikel berita bagi melatih model mereka. Kemudian, mereka turut ingin bersaing dengan Google untuk membolehkan AI diproses pada peranti dengan memori rendah.
Baru-baru ini Mark Gurman melaporkan yang iOS 18 kelak akan menjadi kemas kini iOS terbesar dalam sejarah Apple.
iOS 18 akan dilengkapi dengan sistem AI generatif yang bukan sahaja mampu melakukan pelbagai perkara tetapi turut menyumbang kepada Siri yang lebih bijak. Contohnya, satu arahan suara tetapi multi-tugasan.
Selain turut akan membawakan sokongan RCS yang membolehkan pengguna Android menghantar mesej menggunakan Internet seperti iMessage.
Ciri AI generatif yang Apple akan digunakan Apple pula dikatakan menyokong pada kebanyakan aplikasi Apple sendiri seperti Apple Music, Xcode, Pages dan banyak lagi.
Apakah kemampuan AI Apple ini? Bila iOS 18 ini boleh diuji? Adakah ciri AI ini percuma atau perlu dilanggan?
Semuanya akan didedahkan pada acara WWDC 2024 akan datang, sama-sama kita nantikan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#iPhone
#kecerdasan buatan generatif
#iOS 18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan