[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
GADGETS

iOS 26 diumumkan – Antara muka seakan kaca, transkrip dan alih bahasa panggilan telefon

Amanz 10/06/2025 | 05:00 MYT
iOS 26 memperkenalkan antara muka baharu Liquid Glass yang tembus cahaya, menyerupai visionOS dan Windows Aero, dengan ikon aplikasi boleh dijadikan lutsinar sepenuhnya. -Amanz
VERSI seterusnya iOS ialah iOS 26 dan bukan iOS 19 kerana Apple menyeragamkan nama sistem operasi dengan tahun ia akan digunakan secara menyeluruh.

Ringkasan AI
  • iOS 26 memperkenalkan antara muka baharu Liquid Glass yang tembus cahaya, menyerupai visionOS dan Windows Aero, dengan ikon aplikasi boleh dijadikan lutsinar sepenuhnya.
  • Ciri pintar seperti Live Translation, Call Screening, Hold Assist dan Visual Intelligence dipertingkat, termasuk integrasi dengan ChatGPT, Google dan Etsy untuk carian dan pembelian.
  • Apple Wallet, AirPods, Apple Music, CarPlay dan Apple Maps turut menerima penambahbaikan pintar, termasuk perkongsian lokasi, terjemahan lirik, dan ingatan lokasi yang pernah dilawati.

Kami telah senaraikan 26 model iPhone yang akan menerima iOS 26 tetapi pasti ramai pasti ingin mengetahui apakah inovasi menarik interasi iOS ke-19 ini berbanding versi terdahulu.
Pertama sekali ialah antara muka baharu Liquid Glass yang menjadikan kesemuanya kelihatan seperti permukaan kaca.
Ia mengambil inspirasi daripada antara muka visionOS yang tembus cahaya dengan ramai juga mengatakan ia sebenarnya mirip Windows Aero (Authentic, Energetic, Reflective, and Open) yang digunakan pada Windows Vista 18 tahun yang lalu.
Penggunaan elemen retro nampaknya akan kembali mendapat perhatian.
Rekaan ikon diubah kepada rekaan tembus cahaya dengan Apple turut memberikan pilihan “clear” yang menghilangkan semua warna pada semua ikon aplikasi.
Terdapat spekulasi rekaan kaca ini dipilih sebagai persediaan iPhone tahun depan yang mempunyai rekaan kaca sepenuhnya dengan kamera hadapan dan Face ID diletakkan bawah skrin.
Ciri lain yang dibawakan ialah Live Translation yang meletakkan sari kata dalam perbualan telefon dan juga FaceTime.
Dengan ini kemampuan tidak berkongsi bahasa yang sama bukan penghalang kepada dua insan untuk berbicara.
Apabila menaip teks dalam Messages pula, apa yang anda taip boleh diubah terus ke bahasa yang boleh difahami penerima dan sebaliknya pula untuk anda.
Dengan Live Translation, akhirnya iOS 26 setanding dengan ciri yang disokong Google Pixel dan Samsung Galaxy sejak tahun 2024.
Panggilan telefon juga boleh disaring daripada panggilan spam dengan Call Screening. Seterusnya jika melakukan panggilan telefon dan diarahkan menunggu, Hold Assist akan memberitahu pengguna apabila agen khidmat pelanggan sudah bersedia untuk berbicara.
Visual Inteligence juga lebih pandai mencari maklumat dengan bantuan ChatGPT. Ia mengintegrasikan juga Google dan Etsy jika anda ingin membeli apa yang terpapar pada skrin.
Selain itu berdasarkan tangkapan layar, Apple Intelligence boleh memasukkan maklumat seperti tiket penerbangan dan konsert terus ke kalender.
Apple Wallet pula lebih pintar berkongsi maklumat relevan. Misalnya berdasarkan tiket kapal terbang yang disimpan, pengguna boleh membenarkan mereka dijejak sanak saudara menerusi Live Activities.
Apabila mendarat, Wallet boleh memberikan maklumat relevan dalam Map untuk pergi ke tempat mengambil bagasi dan akhir sekali membuka Find My untuk menjejak bagasi yang dilengkapi AirTag.
Ciri menarik lain ialah mengawal kamera dengan AirPods, lirik lagu Apple Music kini hadir dengan alih bahasa, CarPlay dipertingkat dan Apple Maps yang mengingati lokasi yang pernah dilawati. -Amanz
#Apple #Liquid Glass #VisionOS #lutsinar