IPD Belaga musnah terbakar

Munirah Mudzamli
Disember 14, 2020 06:28 MYT
Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.19 petang.
KUCHING: Bangunan dua tingkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, di sini musnah dalam kejadian kebakaran petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, bangunan dua tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran musnah 100 peratus dan tiada kematian dilaporkan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Khirudin Drahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.
Khirudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.19 petang.
"Ketika ini, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu telah diatur gerak ke lokasi kejadian. Bagi operasi menyelamat dan pemadaman, kita telah meminta bantuan pasukan bomba sukarela Belaga," katanya kepada Astro AWANI.
Difahamkan, kesemua bangunan di IPD Belaga adalah daripada kayu.
Maklumat terbaharu diterima daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, memaklumkan kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 3.45 petang.
Operasi pemadaman dibantu dengan menggunakan pam dan alat kelengkapan menentang kebakaran diangkut menggunakan kereta milik Pengerusi Pasukan Bomba Sukareka (PBS) Belaga sehingga kebakaran berjaya terkawal.
Operasi pemadaman turut dibantu pasukan Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan juga orang awam.
Walaubagaimanapun kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan.
#IPD Belaga terbakar #kebakaran #IPD Belaga #Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak #Khirudin Drahman