Skip to main content

Malaysia

IPD Serian di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat petang ini

KUCHING, 20 Ogos -- Pemandangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kelihatan kabur akibat jerebu dengan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 180 pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi tadi.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
IPD Serian di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 204 setakat 5 petang ini. - fotoBERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: : IPD Serian di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 204 setakat jam 5 petang tadi.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lima kawasan lagi di Sarawak mencatatkan tahap tidak sihat, iaitu Kuching (195), Samarahan (182), Sri Aman (179), Sarikei (158) dan Sibu (152).

Sementara itu, 36 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100), manakala 26 kawasan lagi mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan rekod catatan di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Must Watch Video

Advertisement