[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

iPhone 5 buka ruang buat pelanggan Maxis

Astro Awani 13/12/2012 | 22:35 MYT
Pelancaran iPhone 5 membuka ruang kepada pelanggan Maxis untuk menyambung rangkaian 2G, 3G serta 4G yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Operasi bersama Maxis Suren J. Amarasekera dalam kenyataan media menjelaskan pelancaran iPhone 5 turut membuktikan kerjasama baik mereka dengan syarikat pengeluar iPhone, Apple, sejak tiga tahun lalu.
Ujarnya pelanggan ahli Maxis One Club turut ditawarkan diskaun tambahan jika memilih pakej yang ditetapkan.
Usaha Maxis ini katanya memastikan pelanggan mereka mendapat perkhidmatan cemerlang selain fokus untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat.
#2G #3G #4G #iPhone 5 #Maxis #maxis one club #Suren J.Amarasekera