GADGETS
iPhone 5s, iPhone 6 terima kemas kini iOS 12.5.8 selepas lebih 12 tahun
Kali terakhir kedua‑dua model ini menerima kemas kini adalah pada Januari 2023, melibatkan tampalan keselamatan penting. -Foto fail/Amanz
APPLE terus menunjukkan komitmen terhadap peranti lamanya apabila kedua‑dua model iPhone 5s dan iPhone 6 menerima kemas kini iOS 12.5.8, meskipun telah berusia lebih sedekad sejak dilancarkan pada 2013 dan 2014.
Kemas kini ini tidak membawa ciri baharu, namun penting kerana ia melanjutkan sijil keselamatan yang diperlukan untuk memastikan fungsi seperti iMessage, FaceTime dan pengaktifan peranti kekal beroperasi selepas Januari 2027.
Tanpa kemas kini tersebut, perkhidmatan asas itu berisiko berhenti berfungsi apabila sijil lama tamat tempoh.
Kali terakhir kedua‑dua model ini menerima kemas kini adalah pada Januari 2023, melibatkan tampalan keselamatan penting.
Ketersediaan iOS 12.5.8 menunjukkan keupayaan Apple mengekalkan sokongan jangka panjang yang jauh mengatasi kebanyakan pengeluar Android yang lazimnya menawarkan sokongan sekitar tujuh tahun sahaja.
Bagi pengguna yang masih menggunakan model lama ini sebagai peranti harian atau peranti sekunder, Apple menasihatkan supaya mengemas kini segera bagi memastikan perkhidmatan asas terus berfungsi dengan baik. -Amanz