GADGETS
iPhone Air 2 dijangka hadir dengan dwi-kamera dan bateri lebih baik
Kamera kedua ialah lensa ultra sudut lebar 48MP, sama seperti model iPhone 17, dan akan disusun secara mendatar bagi mengekalkan identiti reka bentuk asal. -Foto Amanz
SELEPAS dilancarkan, Apple iPhone Air menerima pujian kerana reka bentuknya yang bergaya dan ringan berbanding siri iPhone 17 yang dilancarkan serentak.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Namun, beberapa minggu selepas pelancaran, laporan awal menyebut pengguna memulangkan semula peranti tersebut dan Apple dikatakan mengurangkan pengeluaran sehingga 80 peratus.
Bagaimanapun, laporan terkini daripada TD Cowen menafikan dakwaan itu dan menyatakan pengeluaran iPhone Air kekal seperti dirancang.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada penerimaan pasaran yang sederhana ialah bateri yang kurang tahan lama dan hanya satu kamera belakang.
Ujian pelayaran web menunjukkan iPhone Air bertahan selama 12 jam, berbanding hampir 18 jam untuk iPhone 17 Pro Max.
Kini, menurut peniris maklumat Digital Chat Station, Apple sedang menguji iPhone Air 2 yang dijangka dilengkapi sistem dwi-kamera belakang.
Kamera kedua ialah lensa ultra sudut lebar 48MP, sama seperti model iPhone 17, dan akan disusun secara mendatar bagi mengekalkan identiti reka bentuk asal.
Langkah ini dilihat sebagai usaha Apple untuk memperbaiki kelemahan model terdahulu, khususnya dalam aspek fotografi dan fungsi harian.
Walaupun reka bentuk ultra nipis kekal menjadi keutamaan, Apple dijangka melakukan penstrukturan semula dalaman untuk mengekalkan prestasi bateri dan ketahanan peranti. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- iPhone Air menerima pujian reka bentuk bergaya dan ringan berbanding iPhone 17.
- Laporan awal mendakwa pengguna pulangkan iPhone Air dengan pengurangan pengeluaran sehingga 80%.
- TD Cowen menafikan pengurangan pengeluaran tersebut dan menyatakan iPhone Air kekal seperti dirancang.
Namun, beberapa minggu selepas pelancaran, laporan awal menyebut pengguna memulangkan semula peranti tersebut dan Apple dikatakan mengurangkan pengeluaran sehingga 80 peratus.
Bagaimanapun, laporan terkini daripada TD Cowen menafikan dakwaan itu dan menyatakan pengeluaran iPhone Air kekal seperti dirancang.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada penerimaan pasaran yang sederhana ialah bateri yang kurang tahan lama dan hanya satu kamera belakang.
Ujian pelayaran web menunjukkan iPhone Air bertahan selama 12 jam, berbanding hampir 18 jam untuk iPhone 17 Pro Max.
Kini, menurut peniris maklumat Digital Chat Station, Apple sedang menguji iPhone Air 2 yang dijangka dilengkapi sistem dwi-kamera belakang.
Kamera kedua ialah lensa ultra sudut lebar 48MP, sama seperti model iPhone 17, dan akan disusun secara mendatar bagi mengekalkan identiti reka bentuk asal.
Langkah ini dilihat sebagai usaha Apple untuk memperbaiki kelemahan model terdahulu, khususnya dalam aspek fotografi dan fungsi harian.
Walaupun reka bentuk ultra nipis kekal menjadi keutamaan, Apple dijangka melakukan penstrukturan semula dalaman untuk mengekalkan prestasi bateri dan ketahanan peranti. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah faktor utama yang mempengaruhi penerimaan pasaran terhadap iPhone Air?
A: Bateri yang kurang tahan lama dan hanya satu kamera belakang menjadi faktor utama yang menyumbang kepada penerimaan pasaran yang sederhana terhadap iPhone Air. - Q: Berapakah tempoh ketahanan bateri iPhone Air berbanding iPhone 17 Pro Max dalam ujian pelayaran web?
A: Dalam ujian pelayaran web, iPhone Air bertahan selama 12 jam berbanding hampir 18 jam untuk iPhone 17 Pro Max. - Q: Apa langkah yang diambil Apple untuk memperbaiki kelemahan iPhone Air dalam aspek fotografi dan fungsi harian?
A: Apple sedang menguji iPhone Air 2 yang dijangka dilengkapi dengan sistem dwi-kamera belakang, termasuk lensa ultra sudut lebar 48MP, untuk memperbaiki kelemahan model sebelumnya dalam aspek fotografi dan fungsi harian.