KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) naik 5.8 peratus pada Disember 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menurut Ketua Perangkawan Datuk Sri Mohd Uzir Mahidin, pengembangan IPI telah disumbangkan oleh peningkatan 8.4 peratus dalam Indeks Pembuatan dan 3.7 peratus dalam Indeks Elektrik tetapi Indeks Perlombongan mencatatkan penurunan sebanyak 2.5 peratus.
"Dari bulan ke bulan, IPI berkembang sebanyak 1.3 peratus selepas didorong oleh indeks pembuatan, perlombongan dan elektrik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Output sektor pembuatan menokok 8.4 peratus dari tahun ke tahun pada Disember 2021 selepas merekodkan pertumbuhan 11.3 peratus pada November 2021.
"Subsektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan dalam sektor pembuatan pada Disember 2021 adalah produk elektrik dan elektronik (18.2 peratus), makanan, minuman serta tembakau (10.3 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas serta fabrikasi logam (5.3 peratus)," katanya.
Pada masa yang sama, pertumbuhan dalam sektor pembuatan didorong oleh kedua-dua industri berorientasikan eksport (9.6 peratus) dan industri berorientasikan domestik (5.7 peratus).
"Peningkatan industri yang berorientasikan eksport disokong oleh pembuatan komputer, elektronik dan produk optik termasuk pembuatan minyak sayur-sayuran, minyak haiwan dan lemak," katanya.
Prestasi sektor pembuatan juga berada sebaris dengan pertumbuhan eksport yang menggalakkan.
Sementara itu, pertumbuhan bagi industri berorientasikan domestik adalah disebabkan oleh pembuatan produk makanan dan logam asas.
"Dari bulan ke bulan, sektor pembuatan mencatatkan kenaikan 0.5 peratus berbanding dengan November 2021 selepas disokong oleh penggunaan kapasiti yang lebih tinggi terutamanya dalam subsektor elektrik dan elektronik termasuk produk petroleum, kimia, getah dan plastik," katanya.
Beliau berkata penurunan output sektor perlombongan pada Disember 2021 berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya adalah disebabkan oleh kejatuhan sebanyak 5.5 peratus dalam indeks minyak mentah dan pengurangan 0.2 peratus dalam indeks gas asli.
Bagaimanapun, beliau berkata Indeks Perlombongan mencatatkan peningkatan sebanyak 4.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Output sektor elektrik bertambah 3.7 peratus dari tahun ke tahun pada Disember 2021 manakala dari bulan ke bulan, indeks elektrik mencerminkan kenaikan sebanyak 1.7 peratus.
Mohd Uzir berkata IPI bagi suku keempat 2021 meningkat 6.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan pengembangan ini disebabkan oleh pertumbuhan dalam Indeks Pembuatan (9.2 peratus) dan Indeks Elektrik (4.3 peratus) manakala Indeks Perlombongan menguncup 0.8 peratus.
IPI pada 2021 mencatatkan pertumbuhan 7.4 peratus berbanding 2020 yang dipengaruhi oleh lonjakan dalam semua komponen termasuk Indeks Pembuatan (9.5 peratus), Indeks Elektrik (2.3 peratus) dan Indeks Perlombongan (1.5 peratus).
Berbanding dengan tempoh sebelum berlakunya COVID-19 pada 2019, IPI menokok 2.7 peratus dan Indeks Pembuatan bertambah sebanyak 6.6 peratus.
"Subsektor yang melepasi Indeks Pembuatan pada 2019 adalah produk elektrik dan elektronik (17.2 peratus), produk petroleum, kimia, getah serta plastik (12.2 peratus), makanan, minuman dan tembakau (0.2 peratus).
"Manakala subsektor yang masih tidak mencerminkan pemulihan adalah produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam fabrikasi (-9.2 peratus), tekstil, pakaian, kulit dan kasut (-6.4 peratus), peralatan pengangkutan serta lain-lain pembuatan ( -4.5 peratus) termasuk produk kayu, perabot, kertas dan percetakan (-1.4 peratus)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
MOHD UZIR: Dari bulan ke bulan, IPI berkembang sebanyak 1.3 peratus selepas didorong oleh indeks pembuatan, perlombongan dan elektrik. - Gambar fail/BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Penganalisis kekal pertumbuhan KDNK 2022 8.5 - 9.0 peratus walaupun IPI sederhana
Firma penyelidkan mengekalkan anggaran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2022 pada 8.5 hingga 9.0 peratus walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) adalah sederhana.
IPI naik 5.8 peratus pada Dis 2021 - DOSM
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) naik 5.8 peratus pada Disember 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
IPI Malaysia dijangka terus pulih sehingga akhir tahun - PIVB
Jangkaan pertumbuhan akan didorong oleh pemulihan dalam keadaan pandemik global, migrasi rangkaian selular global dan pembukaan semula sepenuhnya di ASEAN.
Firma kajian semak turun unjuran KDNK 2015
RHB Research meramalkan pertumbuhan KDNK suku kedua 2015 lebih perlahan pada 4.6 peratus berbanding 5.6 peratus suku pertama 2015.