IPOH: Komposer terkenal Datuk M. Nasir bakal mengadakan konsert khas sempena pengiktirafan Bandar Raya Ipoh sebagai satu daripada bandar baharu yang menyertai Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori muzik.
Pengerusi Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) itu berkata persembahan itu dijangka diadakan pertengahan tahun hadapan di lokasi bersesuaian sebagai satu daripada pelbagai perancangan aktiviti kesenian bagi menyokong usaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengetengahkan bandar raya itu sebagai bandar kreatif muzik.
"Kita juga merancang untuk mengadakan pesta rakyat dan bekerjasama dengan beberapa penerbit di sini untuk membuat filem atau rancangan televisyen," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata MACP juga merancang untuk menganjurkan Program Cipta Ekspres di Ipoh dengan mengumpulkan para pencipta lagu untuk bersama-sama mencipta lagu baharu selama beberapa hari.
Mengulas lanjut, maestro muzik itu berkata beliau melihat Ipoh menjadi tumpuan ramai peminat muzik terutamanya muzik rock sejak 1980-an, selain peminat muzik genre lain termasuk di kawasan pinggiran Ipoh.
"Jadi kita hendak mengumpulkan mereka ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti seni yang akan menarik mereka ini untuk berkumpul seperti mengadakan konsert dan pesta...bukan selama sehari sahaja tetapi lebih lama seperti mengkhususkan Bulan Seni Ipoh contohnya," katanya yang berharap agar kesemua rancangan terbabit dapat direalisasikan dengan kerjasama MBI dan agensi-agensi lain secara aktif dan konsisten.
Pada 1 Nov lepas Bernama melaporkan UNESCO menerusi kenyataan dalam laman web rasminya, memaklumkan ibu negeri Perak itu kini diiktiraf sebagai satu daripada 55 bandar baharu yang menyertai UCCN bersempena dengan Hari Bandar Sedunia.
pada 2022, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin turut dilaporkan berkata bandar raya itu dicadangkan untuk dicalonkan sebagai Rangkaian Bandar Kreatif dalam pengkhususan muzik bagi menjadikan Ipoh sebagai bandar paling berdaya huni di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023

Konsert itu sebagai meraikan pengiktirafan Bandar Raya Ipoh sebagai satu daripada bandar baharu yang menyertai Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) UNESCO kategori muzik. - Bernama

Panglima tentera darat Australia ketuai penghormatan Hari Anzac di Malaysia
Stuart akan merasmikan Upacara Subuh di Taman Peringatan Sandakan, yang terletak di tapak kem POW Perang Dunia Kedua, pada Hari Anzac.

Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza
"Cukuplah... setiap hari ada kematian, setiap hari kami kehilangan orang tersayang."

Konsep MADANI boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN - Dr Jemilah
Nilai teras yang diketengahkan dalam konsep itu seperti keadilan dan kemanusiaan adalah sejajar dengan dengan aspirasi ASEAN.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

KPDN rampas pemacu pena, kad memori tiruan bernilai RM250,000
KPDN Perak rampas pemacu pena serta kad memori tiruan bernilai RM255,014 dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Pengkalan di Ipoh.

KPKT peruntuk RM5.29 juta sejak 2023 untuk pembaikan perumahan di Ipoh - Nga
RM1.19 juta diperuntukan bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan perumahan melalui Program Penyenggaraan Perumahan tahun ini.

Polis kesan individu baling molotov cocktail lima kali di Ipoh
Polis Daerah Ipoh menerima lima laporan daripada seorang wanita warga emas berhubung kejadian tersebut antara 26 Mac dan 4 April lalu.

Aidilfitri: 4 lokasi utama tumpuan kelengkapan raya di Ipoh, kini tinggal memori
Kenangan membeli belah dan mencari kelengkapan Aidilfitri di beberapa pasar raya dan bazar terkenal di bandar raya Ipoh.

Ipoh tersenarai bandar dengan makanan paling underrated di Asia
Pengiktirafan Ipoh sebagai salah satu daripada lapan bandar dengan makanan paling underrated di Asia dibuat majalah Tatler.

Taktik jual mercun bola, 'Happy Boom' secara sembunyi terbongkar
Kedua-dua suspek berusia 30-an ditahan dan mercun pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000 dirampas.

16 tahun urus 'Projek Sahur With Homeless', Zeti puas dapat bantu gelandangan
Kak Et terpanggil untuk mengadakan 'Projek Sahur With Homeless' dalam usaha membantu golongan berkenaan yang sering kali dipandang serong, bahaya dan menjijikan.

Peristiwa pelanggan kurang mampu cetus ilham Khairruni jual kuih raya RM6
Idea untuk menjual biskut raya pada harga murah tercetus setelah Khairruni berbincang dengan anaknya susulan insiden menyentuh hati itu.

Pelajar lelaki warga China ditemui lemas dalam kolam
Mangsa difahamkan merupakan pelajar sekolah antarabangsa, disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas KKM.

Guru tuisyen ditemukan mati dengan kesan kelar di leher
Wanita itu ditemui dalam keadaan terlantar berlumuran darah di atas lantai di tingkat dua sebuah rumah kedai yang dijadikan pusat tuisyen.