SUATU ketika dahulu, Ipoh dianggap sebagai 'bandar mati' kerana dikatakan tiada lagi aktiviti perniagaan di waktu malam.
Ketika mengakuinya, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ketika itu ada pihak yang membuat sindiran kononnya orang boleh tidur di tengah-tengah jalan pada waktu malam.
Selepas itu, Ipoh terkenal dengan kafe hipster yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Namun kini, Ipoh bukan lagi bandar mati, sebaliknya, kota itu sedang menyelusuri untuk menjadi bandaraya ceria dan bahagia
Ke arah itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meletakkan lima elemen ceria untuk menjadikan Ipoh sebagai sebuah bandaraya bahagia.
Rumaizi berkata, lima elemen itu ialah canggih, peluang ekonomi, rahmah, inklusif dan aman.
“Kalau nak ceria, dia mesti ada elemen Singapura atau Dubai (ekonomi), New York (canggih), Bhutan (aman) serta rahmah dan inklusif.
“Jadi nak cari bandar macam itu, sangat susah, tetapi Ipoh akan berusaha untuk menuju ke arah tersebut,” katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra bersama media di perkampungan budaya di Taman Eko Batu Kapur di Gunung Rapat, di sini, baru-baru ini.
Berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022, tahap kepuasan hati penduduk di Ipoh disifatkan masih kurang walaupun tahap pembangunan dan infrastrukturnya mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan.
Walaupun Ipoh memperolehi skor sebanyak 88.7 peratus bagi tahun 2022, sedikit meningkat berbanding 81.1 peratus tahun sebelumnya, namun masih gagal mencapai 90 peratus ke atas.
Rumaizi berkata, mengikut kepada skala lama, ia hanya mempunyai elemen aman dan rahmah, tanpa mengambil kira elemen canggih, inklusif dan ekonomi.
“Tapi bila lihat dari elemen canggih, inklusif dan ekonomi, ia lebih baik sebab pendapatan perkapita di Ipoh sudah meningkat, sebelum ini kita adalah antara yang terendah.
“Kecanggihan kita naik, dulu kita antara bandar paling lewat menerima Unifi, sekarang kita antara bandaraya paling awal dalam Malaysia menerima 5G,” ujarnya.
Rumaizi yakin, apabila kriteria baharu dilaksanakan kelak, penilaian indek kebahagiaan bandaraya Ipoh akan lebih menyeluruh.
“Ipoh tidak lagi menjadi bandar mati, seperti yang pernah digambarkan sebelum ini kononnya boleh bentang toto tidur di tengah jalan pada waktu malam,” katanya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Oct 15 2023
Ipoh bukan lagi 'bandar mati', sebaliknya, kota itu sedang menyelusuri untuk menjadi bandaraya ceria dan bahagia, kata Datuk Bandarnya, Rumaizi Baharin. - Gambar fail
AWANI Borneo [18/1/2025] – Ribuan terjejas| Suara rakyat| Sukan SEA 2027
AWANI Borneo 18 Januari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pitas dan Beluran dilanda banjir.
2. Puluhan tahun tunggu bekalan elektrik.
3. Majlis perasmian Sukan SEA 2027 di Stadium Sarawak.
1. Pitas dan Beluran dilanda banjir.
2. Puluhan tahun tunggu bekalan elektrik.
3. Majlis perasmian Sukan SEA 2027 di Stadium Sarawak.
Jambatan Marudi bantu jana sosioekonomi penduduk Marudi
Jambatan Marudi yang siap September 2024 jamin konektiviti dan dapat tingkat taraf hidup penduduk selain jana ekonomi.
Pembinaan jambatan konkrit jadi "game changer" kepada Marudi
Timbalan Premier yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Jambatan Marudi akan mempermudahkan segala urusan, termasuk dari sudut ekonomi dan pembangunan.
'Buat kacau, conteng baju habis SPM'
Gara-gara mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di jalanan, sekumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran (SPM)ditahan polis.
Majlis perasmian diadakan di Stadium Sarawak
Majlis Perasmian Sukan SEA 2027 akan diadakan di Stadium Sarawak di Kuching.
Polis Marin rampas mercun bernilai RM21 juta
Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Limbang merampas pelbagai jenama mercun dianggarkan bernilai RM21 juta dalam serbuan ke atas sebuah kapal kargo di Dermaga Lawas.
Penyelesaian masalah bekalan elektrik segera
Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk Kampung Batu 14 Apas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang bertemu penduduk di kawasan berkenaan memberi jaminan akan melihat kepada perkara itu dan akan cari jalan penyelesaian segera.
Penduduk Kampung Batu 14 Apas rayu bekalan elektrik
Penduduk Batu 14, Jalan Apas Tawau rayu bekalan elektrik yang sah di perkampungan mereka.
Lebih seribu penduduk ditempatkan di dua PPS di Pitas
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan dengan lebih seribu mangsa terjejas di dua daerah dengan Pitas paling teruk terjejas.
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.
Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh
Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di Ipoh pada 9 Okt.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Sesak lebih lima kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora akibat kemalangan
Menurut PLUS, aliran trafik terhenti sepanjang 6.5 km akibat kerja-kerja pengalihan yang dijalankan setakat 7.20 malam.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bunuh diri - Polis
Mangsa seorang warga tempatan berumur 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.