MALAYSIA
Ipoh Sentral cerminkan kemajuan berpaksi wawasan jangka panjang - PM Anwar
Anwar pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral petang Sabtu. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
IPOH: Pembangunan Ipoh Sentral bakal menjadi mercu tanda ikonik baharu di tengah-tengah bandar raya Ipoh, mencerminkan kemajuan yang berpaksikan wawasan jangka panjang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Anwar berkata projek berskala besar yang dibangunkan sepenuhnya melalui inisiatif swasta hasil kolaborasi strategik antara Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) itu membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan sebanyak RM6.25 bilion.
Perdana Menteri berkata dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral petang Sabtu, beliau menyatakan hasrat agar Ipoh Sentral dapat menjadi contoh terbaik pembangunan berteraskan nilai-nilai MADANI.
"Kita tidak mahu lagi pembangunan fizikal yang megah tetapi kosong daripada jiwa budaya. Sebaliknya, setiap pembangunan mesti membawa roh kemanusiaan yang menjunjung prinsip ihsan, hormat, kelestarian dan maruah bangsa.
"Untuk merealisasikan hasrat ini, ia memerlukan sinergi dan kerjasama erat antara pemaju, pihak berkuasa bandar raya, serta kementerian-kementerian berkaitan termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi lain yang relevan," kata Anwar dalam hantaran Facebook, pada Sabtu malam.
Justeru, beliau berharap supaya pembangunan itu membuka pintu peluang baharu, menyemai keyakinan warga dan memperkukuh identiti Ipoh sebagai sebuah bandar raya yang hidup, inklusif dan berdaya saing.
Projek Pembangunan Ipoh Sentral yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik, selain memelihara warisan budaya bandar serta memperkukuh ikatan komuniti.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek Ipoh Sentral bernilai RM6.25 bilion bakal jadi mercu tanda ikonik baharu di Ipoh.
- Pembangunan ini dibangunkan oleh MRCB dan RAC melalui inisiatif swasta, berteraskan nilai-nilai MADANI serta kelestarian budaya.
- Projek ini dirancang sebagai hab pengangkutan moden, mampan dan inklusif di bawah Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030.