KEPALA BATAS: Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia menjadi universiti pertama di negara ini mempunyai Perpustakaan Metaverse Space yang menawarkan pelbagai persekitaran digital yang tersambung kepada dunia maya tanpa komputer.
Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata pihaknya memperkenalkan konsep metaverse iaitu realiti maya (VR) kepada warga universiti itu kerana ia semakin mendapat tempat dalam arus perdana teknologi dan mempunyai potensi yang sangat luas.
"Dalam aspek pendidikan, metaverse boleh jadi platform pembelajaran dan pengajaran yang merangkumi semua maklumat serta hiburan bersepadu dalam dunia maya tiga dimensi (3D) dan USM mendepani kemajuan teknologi dalam revolusi pendidikan alaf baru.
"Untuk memasuki dunia metaverse, setiap orang memerlukan peranti khusus seperti set VR dan ketika ini perpustakaan IPPT dengan kerjasama bahagian teknologi maklumat telah membangunkan sebuah sistem dalaman dalam talian yang dikenali sebagai VR Discovery yang merupakan Sistem Pengurusan Data 3D.
"Menerusi sistem dalaman itu, ia dapat melakukan transformasi bahan sumber maklumat perpustakaan seperti bahan berbentuk imej, model anatomi, buku elektronik, dokumen dan lain-lain dalam format tiga dimensi," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian perpustakaan itu di IPPT USM di sini semalam.
Faisal Rafiq berkata bahan sumber maklumat tersebut kemudiannya dipaparkan secara automatik ke dalam web portal yang dinamakan GoVR untuk capaian maklumat berformatkan tiga dimensi yang lebih interaktif oleh pengguna seterusnya keunikan projek itu adalah dengan meneroka dan membawa dunia realiti maya kepada web Portal GoVR menggunakan fon kepala.
Beliau inisiatif itu dikenali sebagai WebVR yang bertujuan membolehkan pengguna perpustakaan mengalami kehebatan teknologi imersif realiti maya dalam kempen bahan sumber maklumat perpustakaan dan ia meningkatkan lagi kualiti serta keberkesanan pengajaran dan latihan yang dilakukan di USM.
Sementara itu, Ketua Projek tersebut Hasniza Amno berkata projek Metaverse Space di IPPT bertujuan memberi perkhidmatan yang berimpak tinggi dan berlainan daripada perkhidmatan konvensional sedia ada melalui platform realiti maya tiga dimensi yang lebih kreatif dan inovatif.
"Ia juga sebahagian daripada pelaksanaan konsep didik hibur di dalam perpustakaan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran imersif dengan pelajar berada dalam satu suasana pembelajaran yang interaktif secara maya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Faisal Rafiq menggunakan peralatan Metaverse Space Library@IPPT di IPPT USM selepas melancarkan konsep tersebut di IPPT Bertam semalam. Turut kelihatan, Hasniza (kanan). --fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
USM berjaya kekalkan status swaakreditasi
Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah universiti berstatus swaakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia.
Makmal komputer di Kampus Kejuruteraan USM terbakar
Sebuah bilik makmal komputer di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) terbakar dan hampir musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.
KPT umum pelantikan semula Naib Canselor USM, UKM dan UTM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan semula tiga Naib Canselor universiti awam iaitu USM, UKM dan UTM.
Burung pungguk jelapang hindari tikus perosak di ladang pertanian, sub bandar
Kajian yang dilakukan hampir di seluruh negara menunjukkan tahap kecekapan yang sangat tinggi dalam penggunaan burung pungguk jelapang.
PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.
PTPTN peruntuk RM231,000 bagi bantuan pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada pelajar USM
PTPTN telah memperuntukkan sebanyak RM231,000 kepada 462 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan pelajar berkenaan.
Burung Pungguk Jelapang bantu pekebun sawit kawal tikus
USM bersama BORG menjalankan program inisiatif Burung Pungguk Jelapang bagi membantu pekebun mengawal tikus di ladang mereka.
Prof Azlan Amran dilantik Timbalan Naib Canselor USM
Pelantikan itu bagi menggantikan Prof Md Roslan Hashim yang tamat tempoh pelantikannya pada 30 Nov lepas.
Dakwaan salah laku program Sarjana Pembedahan USM tidak berasas - USM
Dakwaan berlaku salah laku dalam penawaran dan peperiksaan program Sarjana Pembedahan (Neurosurgery) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) adalah tidak berasas sama sekali.
USM lancar penjualan nombor plat khas
Pihak universiti meminta seluruh warga dan alumni USM untuk memberi semangat dan sokongan padu dengan membida nombor USM1 hingga USM9999 yang bermula Jumaat sehingga 29 Jun ini.