KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi (IPT) disaran menyediakan peluang dan hak sama rata kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) untuk mendapat akses pembelajaran serta menjalani kehidupan di kampus sama seperti pelajar lain.
Ahli Dewan Negara mewakili OKU Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, kecacatan yang dialami pelajar OKU tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka dinafikan hak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan bergelar graduan.
"Saya difahamkan ada rakan OKU tidak mahu menyatakan mereka OKU dalam borang permohonan kemasukan ke universiti kerana bimbang tidak akan diterima disebabkan kecacatan yang dialami malah permohonan untuk subjek bagi pelajar OKU juga dikatakan terhad.
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana OKU juga mahu belajar seperti orang lain, jadi jangan diskriminasi atau meletakkan stigma terhadap pelajar OKU yang mempunyai hak sebagai Keluarga Malaysia dan rakyat Malaysia lain untuk belajar," katanya dalam bual bicara Coffee Talk @OUM anjuran Open University Malaysia (OUM) hari ini.
Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkata IPT juga perlu menyediakan akses bersesuaian termasuk infrastruktur dan perkhidmatan yang diperlukan pelajar OKU dalam usaha menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata, kemudahan yang dimaksudkan bukan sahaja melibatkan infrastruktur dan prasarana seperti bangunan dan kelas yang mesra OKU malah sistem sokongan bagi proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Menurutnya sistem sokongan itu antaranya dalam bentuk kelonggaran atau fleksibiliti yang diberikan kepada pelajar OKU termasuk masa tambahan ketika menduduki peperiksaan dan menjalani peperiksaan di tempat berasingan disebabkan keperluan khusus.
"Sebab itu sering kali saya beritahu kepada OKU bahawa kekurangan yang ada bukan disebabkan kita sebaliknya sekililing kita melibatkan kemudahan dan sokongan yang tidak disediakan bagi memudahkan individu kurang upaya menjalani kehidupan normal mereka," katanya.
Sementara itu, pensyarah kanan di OUM, Dr Wong Huey Siew yang cacat penglihatan menyeru OKU mencari peluang menyambung pelajaran bagi meningkatkan nilai tambah kepada diri mereka sekali gus memperoleh masa depan yang cerah.
"Kini OKU tidak mempunyai halangan yang mencabar seperti dahulu untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Jadi untuk meningkatkan nilai tambah diri sendiri dan bersaing dengan orang lain, ambillah peluang yang ada sekarang untuk menyambung pelajaran.
"Berbanding dahulu, sekarang banyak peluang, carilah institusi yang bersesuaian kerana hanya kita sendiri yang mampu merubah kehidupan kita, jadi rebut peluang ini dan jangan duduk tanpa berbuat apa-apa akhirnya tidak dapat apa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Ras Adiba berkata, IPT juga perlu menyediakan akses bersesuaian termasuk infrastruktur dan perkhidmatan yang diperlukan pelajar OKU. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kes cabul OKU: Polis rekod keterangan 12 pelajar
Polis telah merekodkan keterangan 12 pelajar bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul melibatkan 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini.
Pelajar OKU penglihatan dapat 7A SPM
Pelajar OKU yang mengalami masalah penglihatan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pada Khamis.
OKU ada masalah 'bergerak' di universiti - Pokuam
Kekurangan kemudahan khas kepada pelajar OKU di universiti menyebabkan mereka menghadapi masalah akses harian untuk ke asrama dan dewan kuliah.