awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPT disaran tidak jadikan ranking sebagai fokus utama

Bernama
Bernama
27/03/2023
08:28 MYT
IPT disaran tidak jadikan ranking sebagai fokus utama
Timbalan Menteri Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata sebaliknya pihak universiti perlu menitikberatkan kualiti akademik dan proses pengajaran dalam melahirkan lulusan yang berketerampilan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyarankan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan agar tidak menjadikan ranking dan penarafan antarabangsa sebagai fokus utama.
Timbalan Menteri Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata sebaliknya pihak universiti perlu menitikberatkan kualiti akademik dan proses pengajaran dalam melahirkan lulusan yang berketerampilan.
"Namun begitu, tidak dinafikan dalam setengah keadaan ranking (kedudukan) boleh digunakan sebagai kayu ukur dan penanda aras yang berguna untuk menentukan kekuatan sistem pendidikan negara, namun ranking tidak sepatutnya dilihat sebagai ukuran kualiti pendidikan yang tunggal konklusif dan muktamad," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.
Kerajaan, katanya tidak meletakkan sebarang sasaran dan tidak mewajibkan mana-mana universiti dalam negara untuk mengejar ranking di peringkat antarabangsa.
"...disebabkan ranking antarabangsa sangat menjurus kepada hasil penyelidikan maka ranking universiti dunia hanyalah salah satu kayu pengukur yang dipantau oleh kementerian dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan institusi di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#IPT
#ranking
#Mohammad Yusof Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan