awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPT perlu kaji keperluan wujud jabatan, program baharu - Zambry

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/02/2024
21:30 MYT
IPT perlu kaji keperluan wujud jabatan, program baharu - Zambry
Jelas Zambry, teknologi berkembang semakin pesat pasca pandemik, menyebabkan sektor pendidikan juga perlu bergerak pantas. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Terdapat keperluan untuk institusi pengajian tinggi mengkaji, seterusnya mewujudkan jabatan dan program pengajian baharu bagi menangani keperluan industri semasa.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, salah faktor utama yang menyumbang kepada isu berkaitan kekurangan tenaga kerja mahir tempatan berpunca daripada 'mismatch' atau salah padan antara kursus yang dipelajari dan keperluan pasaran kerja.
Jelas Zambry, teknologi berkembang semakin pesat pasca pandemik, menyebabkan sektor pendidikan juga perlu bergerak pantas.
"Saya menekankan keperluan universiti dan kolej dari segi potensi dunia pendidikan hari ini, sebagai contoh bidang AI yang sekarang ini perlu diberikan perhatian oleh universiti.
“Sebagai contoh dalam bidang elektrik dan elektronik, potensi begitu besar daripada pelabur datang ke Malaysia sedangkan kapasiti kita hanya sekitar 5,000 sahaja.
"Bukan bermakna tinggalkan disiplin lain tapi dari segi fokus yang perlu diberikan dalam memenuhi keperluan negara dan dunia hari ini," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang mempertimbang untuk membenarkan graduan asing bekerja dalam sektor teknologi tinggi di negara ini bagi menampung kekurangan tenaga mahir.
Zambry juga memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul dan naib canselor universiti tempatan untuk mencari penyelesaian berkesan berhubung masalah berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Libat Urus Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Duta-Duta Negara Luar, pada Isnin.
Dalam pada itu, Zambry berkata, Malaysia fokus terhadap pengukuhan perkongsian dengan institusi luar negara, memperluaskan program mobiliti pelajar, dan mempertingkatkan daya saing global dalam usaha mengantarabangsakan pendidikan tinggi negara.
"Kita mahu memperkenalkan pendidikan Malaysia ke luar negara. Hari ini kita lihat interaksi yang baik daripada wakil-wakil kedutaan yang ada, mereka berterima kasih buat program seumpama ini.
"Kita akan teruskan usaha untuk anjurkan program sebegini, selain daripada program yang diatur universiti dengan mengadakan pameran dan kerjasama dengan pihak dari luar negara," tambahnya.
Pada masa ini, terdapat 106,893 pelajar antarabangsa di Malaysia, dengan 43,175 belajar di universiti awam dan 63,718 di institusi pengajian tinggi swasta.
Kumpulan terbesar pelajar antarabangsa di Malaysia datang dari China, Indonesia, Pakistan, Nigeria dan Iraq.
Topic Berkaitan
#Zambry Abdul Kadir
#pendidikan
#Institusi Pengajian Tinggi
#tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan