awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPT wajar ada mekanisme pastikan ketulenan hasil kerja pelajar

Israr Khalid
Israr Khalid
09/02/2023
23:00 MYT
IPT wajar ada mekanisme pastikan ketulenan hasil kerja pelajar
Terdapat beberapa laporan di mana pelajar menghasilkan penulisan akademik sepenuhnya menggunakan perisian komputer dengan AI. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Teknologi kecerdasan buatan (AI) hari ini mampu melakukan beberapa tugas manusia yang kompleks, termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan akademik.
Melihat keadaan ini, Profesor Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM, Prof Ts Dr Zuriati Ahmad Zukarnain menyarankan supaya institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai mekanisme untuk memastikan ketulenan hasil kerja pelajar dan tidak dihasilkan sepenuhnya dengan teknologi.
Kata beliau, teknologi sepatutnya sekadar membantu mempermudah tugas dan manusia tidak boleh bergantung segalanya kepada program komputer dan mesin.
“Sebagai pengamal akademik, dalam menghasilkan makalah akademik sepatutnya yang paling penting adalah daya kreativiti, keupayaan menyelesaikan masalah.
“Jadi di peringkat IPT patut ada satu mekanisme untuk pastikan keabsahan ketulenan sesebuah hasil kerja, betul atau tidak ia dihasilkan daripada penyelidikan pelajar atau ia adalah hasil penyumberan luar atau teknologi,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Walau bagaimanapun ujar beliau, IPT tidak boleh menolak manfaat teknologi dan sewajarnya mereka meneroka potensi AI untuk membantu penghasilan kajian yang lebih baik secara beretika.
IPT wajar ada mekanisme pastikan ketulenan hasil kerja pelajar - Pakar sains komputer
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#Zuriati Ahmad Zukarnain
#ketulenan hasil kerja pelajar
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan