Skip to main content

Malaysia

IPU 79 di Putrajaya, cuaca cerah iringi Sambutan Hari Kebangsaan

Merdeka,Putrajaya_Astro AWANI
Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya berlangsung dalam suasana cerah dengan kualiti udara pada tahap sederhana, membolehkan ribuan pengunjung hadir memeriahkan acara pagi ini. - Foto Astro AWANI
Advertisement

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya berlangsung dalam suasana cerah dengan kualiti udara pada tahap sederhana, membolehkan ribuan pengunjung hadir memeriahkan acara pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Putrajaya merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 79 setakat 7 pagi tadi.

Bacaan berkenaan dikategorikan sederhana, namun keadaan kualiti udara yang baik membolehkan aktiviti luar dijalankan dan tidak menjejaskan kelancaran sambutan.

Tinjauan di sekitar Dataran Putrajaya mendapati jarak penglihatan berada pada tahap baik, sekali gus membolehkan pengunjung menyaksikan perbarisan, perarakan serta pelbagai persembahan yang disediakan.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 tahun ini menghimpunkan 10,819 peserta daripada 76 kontinjen, selain 22 pasukan pancaragam dan 11 kereta berhias.

Turut menjadi tumpuan ialah paparan 328 aset darat, laut dan udara, selain penyertaan 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan yang memeriahkan acara perbarisan dan perarakan.

Dengan keadaan cuaca yang baik serta kualiti udara yang masih terkawal, sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya berlangsung dalam suasana meriah dan penuh semangat patriotik.

 

Must Watch Video

Advertisement