Skip to main content

Malaysia

Iran tidak mahu berperang, namun akan bertindak tegas jika diserang - Pezeshkian

Iranian President Masoud Pezeshkian speaks during a meeting in Ilam, Iran, June 12, 2025. Iran's Presidential website/WANA (West Asia News Agency)/Handout via REUTERS
Bercakap sebelum berlepas ke Kyrgyzstan untuk menghadiri sidang kemuncak antarabangsa, Pezeshkian berkata Iran akan bertindak tegas terhadap sebarang serangan lanjut. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Iran “tidak mahu berperang” tetapi pada masa sama “tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang pencerobohan”, kata Presiden Masoud Pezeshkian pada Isnin dalam kenyataan pertamanya sejak serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Pulau Larak pada hujung minggu, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.

Bercakap sebelum berlepas ke Kyrgyzstan untuk menghadiri sidang kemuncak antarabangsa, Pezeshkian berkata Iran akan bertindak tegas terhadap sebarang serangan lanjut, menurut agensi berita Fars.

“Iran akan memberikan tindak balas tegas terhadap pihak penceroboh” jika diserang, kata beliau. 

“Ketidakstabilan dan pergolakan di rantau ini tidak menguntungkan mana-mana negara dan akan menjejaskan semua pihak,” kata beliau. 

Pezeshkian dijadual tiba di Bishkek, Kyrgyzstan bagi menghadiri sidang kemuncak ketua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Terdahulu pada Ahad, tentera AS menyerang dua pelancar Iran di Pulau Larak, sekali gus menandakan serangan pertama AS ke atas wilayah Iran sejak akhir Julai, menurut seorang pegawai AS kepada Axios.

Operasi itu menyasarkan sistem yang didakwa sedang dipersiapkan untuk melancarkan roket membawa periuk api laut ke Selat Hormuz.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran berkata beberapa anggotanya dan orang awam terbunuh atau cedera dalam serangan itu dan berikrar untuk bertindak balas.

Agensi berita Tasnim Iran melaporkan bahawa maklumat awal menunjukkan serangan berkenaan dilakukan menggunakan dron.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement