awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irda rintis program pembangunan masyarakat setempat

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2013
03:23 MYT
Irda rintis program pembangunan masyarakat setempat
Bagi memastikan masyarakat setempat mendapat manfaat pembangunan secukupnya Wilayah Iskandar Malaysia (Irda) merintis pelan jangka panjang.
Antaranya, mewujudkan program yang mampu menjadikan mereka lebih bersedia untuk bersaing dan meningkatkan kemahiran diri.
Menurut Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim banyak peluang perniagaan terhasil melalui pelaburan yang dibawa masuk.
Bagaimanapun tegasnya, potensi masyarakat setempat perlu digilap terutama golongan muda.
Bagi mengikis jurang komunikasi Irda menyediakan kelas Bahasa Inggeris di Kampung Sungai Melayu Gelang Patah.
Pada masa sama, Irda melancarkan program kesedaran belia bagi melahirkan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan kerjasama universiti dan kolej teknikal.
Dengan kemahiran yang ada lebih banyak peluang wujud untuk masyarakat setempat termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Sehingga kini Irda mewujudkan 554,000 peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Topic Berkaitan
#masyarakat setempat
#pembangunan
#Wilayah Iskandar Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan