GADGETS
iRobot fail perlindungan kebankrapan Chapter 11, Picea Robotics ambil alih ekuiti
iRobot, syarikat robot vakum Roomba, memfailkan notis kebankrapan Chapter 11 dengan RSA bersama PICEA Robotics Co dan Santrum Hong Kong Co sebagai pembekal serta pemiutang utama. -Foto Amanz
IROBOT, syarikat yang mempelopori era robot vakum Roomba, telah memfailkan notis perlindungan kebankrapan di bawah Chapter 11 di mahkamah Delaware pada 14 Disember.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Langkah itu dibuat selepas iRobot menandatangani Perjanjian Sokongan Penstrukturan Semula (RSA) dengan Shenzhen PICEA Robotics Co dan Santrum Hong Kong Co, yang merupakan pembekal serta pemiutang utama syarikat.
Di bawah terma RSA, Picea akan memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam iRobot, sekali gus membolehkan penyusunan semula kunci kira-kira syarikat dan memastikan operasi diteruskan seperti biasa, termasuk pelan pembangunan produk serta mengekalkan jejak global.
Transaksi ini dijangka meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan hutang dan menyokong inovasi berterusan merentasi portfolio robotik dan peranti rumah pintar iRobot.
Pada Ogos 2022, Amazon pernah menyatakan hasrat untuk mengambil alih iRobot bagi melengkapkan kepakaran dalam produk robotik pembersihan rumah.
Namun, rancangan itu dibatalkan selepas Kesatuan Eropah dilihat tidak akan meluluskan pengambilalihan tersebut.
Susulan kekangan kewangan, iRobot sebelum ini telah memberhentikan kira-kira 350 pekerja termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- iRobot memfailkan notis perlindungan kebankrapan di bawah Chapter 11 di mahkamah Delaware pada 14 Disember selepas menandatangani Perjanjian Sokongan Penstrukturan Semula (RSA) dengan Picea Robotics Co dan Santrum Hong Kong Co.
- Dengan terma RSA, Picea akan memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam iRobot untuk menyusun semula kira-kira syarikat dan memastikan operasi berjalan lancar.
- Amazon sebelum ini berhasrat mengambil alih iRobot pada Ogos 2022, tetapi rancangan tersebut dibatalkan atas pertimbangan Kesatuan Eropah yang menolak kelulusan pengambilalihan tersebut.
Langkah itu dibuat selepas iRobot menandatangani Perjanjian Sokongan Penstrukturan Semula (RSA) dengan Shenzhen PICEA Robotics Co dan Santrum Hong Kong Co, yang merupakan pembekal serta pemiutang utama syarikat.
Di bawah terma RSA, Picea akan memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam iRobot, sekali gus membolehkan penyusunan semula kunci kira-kira syarikat dan memastikan operasi diteruskan seperti biasa, termasuk pelan pembangunan produk serta mengekalkan jejak global.
Transaksi ini dijangka meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan hutang dan menyokong inovasi berterusan merentasi portfolio robotik dan peranti rumah pintar iRobot.
Pada Ogos 2022, Amazon pernah menyatakan hasrat untuk mengambil alih iRobot bagi melengkapkan kepakaran dalam produk robotik pembersihan rumah.
Namun, rancangan itu dibatalkan selepas Kesatuan Eropah dilihat tidak akan meluluskan pengambilalihan tersebut.
Susulan kekangan kewangan, iRobot sebelum ini telah memberhentikan kira-kira 350 pekerja termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang mendorong iRobot untuk memfailkan notis perlindungan kebankrapan?
A: iRobot memilih untuk memfailkan notis perlindungan kebankrapan selepas menandatangani Perjanjian Sokongan Penstrukturan Semula (RSA) dengan dua syarikat susulan kekangan kewangan. - Q: Siapakah yang akan memperoleh kepentingan ekuiti dalam iRobot berdasarkan terma RSA?
A: Picea Robotics Co akan memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam iRobot melalui Perjanjian Sokongan Penstrukturan Semula (RSA). - Q: Apakah implikasi pembatalan rancangan pengambilalihan iRobot oleh Amazon?
A: Pembatalan rancangan pengambilalihan iRobot oleh Amazon berikutan penolakan oleh Kesatuan Eropah menunjukkan Amazon tidak akan melaksanakan rancangan tersebut.