Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
NATIONAL

Isa Samad dibawa ke mahkamah untuk reman

Hilal Azmi 16/08/2017 | 01:17 MYT
Mohd Isa tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk prosiding reman bagi membantu siasatan SPRM. -Bernama
Bekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Mohd Isa Samad tiba di pekarangan Mahkamah Putrajaya pada jam 9.08 pagi bagi mendengar permohonan reman ke atasnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd Isa yang hadir memakai baju jingga diiringi pegawai SPRM serta peguamnya dan disambut oleh ahli keluarga juga penyokongnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SPRM pada Selasa menahan Mohd Isa bagi membantu siasatan berhubung pembelian dua buah hotel mewah oleh anak syarikat Felda tersebut.

Dia ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya pada 2.40 petang semalam.

Rumah Mohd Isa turut diserbu pegawai penyiasat susulan penahanannya.

#FIC #Isa Samad #pembelian hotel #SPRM