awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isa Samad didakwa di mahkamah pada Jumaat

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2018
04:38 MYT
Isa Samad didakwa di mahkamah pada Jumaat
Sebelum ini, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu telah ditahan dan disiasat oleh SPRM selama lima hari pada Ogos berhubung pembelian hotel di Kuching dan London. - Gambar fail
Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijangka dihadap ke mahkamah pada Jumaat berhubung sebuah hotel di Kuching yang dibeli oleh Felda Investment Corporation (FIC), lapor The Star.
Manakala sumber yang rapat dengan siasatan SPRM memberitahu Malaysiakini, Isa akan akan didakwa di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
"Mengikut perancangan, dia (Isa) akan didakwa esok ... berhubung (pembelian) hotel di Sarawak," kata sumber berkenaan.
Isa hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi Khamis untuk memberi keterangan akhir sebelum didakwa di mahkamah pada Jumaat.
Sebelum ini, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu telah ditahan dan disiasat oleh SPRM selama lima hari pada Ogos berhubung pembelian hotel di Kuching dan London.
Pembelian dua buah hotel tersebut disiasat SPRM berikutan harga yang melebihi harga asal sehingga menyebabkan FIC mengalami kerugian berjuta-juta ringgit.
FIC dilaporkan membeli sebuah hotel di Kuching pada harga RM160 juta (lebih RM50 juta dari harga sebenar) manakala hotel di Kensington, London, pada harga £60 juta (kira-kira RM317 juta) pada 16 Disember 2014.
Topic Berkaitan
#Felda
#Felda Investment Corporation
#FIC
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Mohd Isa Abdul Samad
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan