IsDB simpul mesyuarat 4 hari, dengan 85 perjanjian pembiayaan US$8 bln

Bernama
Mei 1, 2024 09:20 MYT
Muhammad memaklumkan IsDB sedang menyemak semula sukuk Islam sebagai salah satu produk pembiayaan untuk mencapai kemampanan dalam menyediakan semua keperluan pembangunan mampan dan memudahkan pelaburan di mana ia wujud. - Foto X IsDB Group
RIYADH: Bank Pembangunan Islam (IsDB) telah mengakhiri mesyuarat empat harinya, dengan pemeteraian 85 perjanjian pembiayaan antara bank, 38 negara anggota dan 22 institusi kewangan antarabangsa bernilai lebih US$8 bilion (US$1=RM4.75). .
Perjanjian tersebut berkaitan dengan operasi serta projek dalam pelbagai sektor, kata Presiden IsDB Dr Muhammad Al-Jasser.
Melangkah ke hadapan, beliau berkata bank itu akan terus bekerjasama dengan semua institusi kewangan antarabangsa serta bank global untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara anggota.
"Kerjasama antara institusi pembangunan pelbagai hala atau MDB adalah kritikal, dan saya sangat aktif dalam membina jambatan, perkongsian, hubungan, kerjasama dengan bank-bank berkenaan," katanya semasa sesi penggulungan bersama media tempatan dan antarabangsa di sini hari ini.
Beliau ketika berkongsi beberapa kisah kejayaan bank itu yang meraikan sambutan jublinya tahun ini berkata dalam tempoh 50 tahun sejak penubuhan IsDB, jumlah pengeluaran pinjaman dan pembiayaan oleh negara anggota meningkat dua kali ganda serta telah membiayai projek bernilai US$182. bilion dalam semua bidang.
Ini termasuk infrastruktur, pertanian, kesihatan, pendidikan, tenaga, perdagangan dan kewangan Islam selain telah menaik taraf kehidupan berjuta-juta orang terutamanya kumpulan yang paling terdedah.
"Kami mengesahkan bahawa kerjasama kami dengan anda (MDB) tidak berakhir di sini. Kami akan terus bekerjasama dalam semangat perkongsian yang erat bagi menyebarkan kesedaran tentang kesan pembangunan yang ketara yang dilakukan oleh kerja kami terhadap kehidupan individu di negara anggota kami dan dalam komuniti yang mendapat manfaat daripada projek kami di pelbagai bahagian dunia," katanya.
Muhammad ketika mengulas mengenai sukuk memberitahu IsDB sedang menyemak semula sukuk Islam sebagai salah satu produk pembiayaan untuk mencapai kemampanan dalam menyediakan semua keperluan pembangunan mampan dan memudahkan pelaburan di mana ia wujud.
"Alat kewangan Islam yang lain juga sedang ditinjau semula bagi menyelaraskannya. dengan keperluan pelabur. Kami tidak mahu ada produk yang bersifat teori serta tidak terbuka, kami mahu pelaburan dimudahkan selain memyenangkan negara yang berusaha ke arah membangunkan masyarakat mereka," katanya.

Celebrating Half a Century of Progress #IsDB50 #IsDBAM2024 pic.twitter.com/k3gnIIFBbJ

— IsDB Group (@isdb_group) April 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mesyuarat tahunan bank itu menyaksikan penganjuran forum sektor swasta, yang mana 1,500 peserta mengambil bahagian dengan pemeteraian 60 perjanjian bernilai US$6.5 bilion.
Selain itu, IsDB juga akan menumpukan usaha untuk memperkasa belia serta wanita sebagai usahawan.
"Ini kerana tanpa mereka tidak akan ada pembangunan ekonomi dan pengeluaran".
Mesyuarat tahun ini dihadiri 3,750 peserta daripada 55 organisasi termasuk 23 institusi terkemuka.
"Terima kasih semua, dan kami berharap dapat bertemu anda pada mesyuarat seterusnya, yang akan kami adakan di Republik Demokratik Rakyat Algeria tahun depan, insya-Allah".

H.E. Dr. Muhammad Al Jasser, Chairman of #IsDB Group, announces exceeding the 35% climate finance target by 2025, achieving nearly 40% in 2023. With a focus on renewable energy and energy efficiency investments, IsDB reaffirms its commitment to environmental sustainability. pic.twitter.com/CNFwWO54vg

— IsDB Group (@isdb_group) April 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Muhammad Al-Jasser #Bank Pembangunan Islam #perjanjian pembiayaan #pelaburan
;