awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Islamic Relief terus sampaikan bantuan meskipun pejabat di Gaza dibom

Bernama
Bernama
27/10/2023
21:00 MYT
Islamic Relief terus sampaikan bantuan meskipun pejabat di Gaza dibom
Islamic Relief Malaysia turut melakukan persiapan pembangunan semula Palestin secara berfasa pascapeperangan. - Foto fail/AP
KUALA LUMPUR: Islamic Relief tetap meneruskan bantuan kepada rakyat Palestin biarpun pejabat mereka rosak setelah dibom di Gaza.
Menurut Ikon Kemanusiaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu Sufian Amrin, pejabat berkenaan kini tidak dapat beroperasi dan 13 kakitangan terpaksa berpindah ke lokasi lain.
"Walaupun tiada pejabat, namun bantuan kepada rakyat Palestin tetap berjalan seperti biasa," katanya dalam program Darah Muda 'Doa untuk Palestin" terbitan Bernama TV, Jumaat malam.
Suffian berkata setakat ini, sebanyak 2.27 juta unit bekalan perubatan dan 2,391 pek makanan telah disalurkan kepada rakyat Palestin.
Menurutnya, bantuan disalurkan di Pusat Perlindungan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) di Khan Yunis, Selatan Gaza.
"Kita juga ada menyediakan baucer makanan, mereka (rakyat Palestin) boleh mendapatkan barangan di kedai yang berdaftar dengan Islamic Relief," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata Islamic Relief Malaysia turut melakukan persiapan pembangunan semula Palestin secara berfasa pascapeperangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Islamic Relief
#bantuan
#Palestin
#Gaza
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan