awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Omar: Trak polis bawa pengundi hantu adalah satu tohmahan

Aizat Sharif
Aizat Sharif
07/05/2013
09:16 MYT
Ismail Omar: Trak polis bawa pengundi hantu adalah satu tohmahan
Polis menyelar beberapa cubaan individu yang tidak bertanggungjawab yang menuduh trak polis digunakan untuk membawa pengundi hantu pada hari pilihan raya lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata perkara yang disebarkan di laman media sosial YouTube itu adalah satu dakwaan yang serius dan polis tiada kompromi untuk mengesan individu-individu yang menyebarkan dakwaan tersebut.
"Entah dari mana mereka dapat gambar tersebut. Gambar yang digunakan dalam YouTube itu bukanlah gambar terkini dan gambar yang hanya menunjukkan gambar trak polis itu telah ditohmahkan sebagai polis terlibat membawa pengundi hantu," kata Ismail.
Dakwaan tersebut disifatkan sebagai cubaan untuk mengkucar-kacirkan negara.
Selain itu, isu yang sama juga telah menyebababkan beberapa insiden yang menagkibatkan orang awam tercedera kerana salah sangka.
Dalam satu insiden di Selangor, sebuah bas yang membawa sekumpulan pekerja kilang dari Bangladesh telah ditahan dilempar dengan batu kerana didakwa pengundi hantu.
"Mereka bukannya keluar untuk mengundi tetapi untuk pergi bekerja. Kita akan menjalankan siasatan dan menangkap mereka yang telah menahan bas itu kerana orang awam tidak ada kuasa untuk menahan dan memeriksa kenderaan," kata Ismail lagi.
Di Perak pula, disebabkan isu yang sama, sebuah bas telah dibaling dengan batu dan mujur polis telah bertindak dengan cepat mententeramkan keadaan.
Terdapat beberapa kes lagi dimana orang awam telah dibelasah oleh orang-orang tertentu sebagai contoh seorang suami kepada seorang anggota polis telah dibelasah disebabkan mempunyai iras seperti warga asing walhal dia adalah seorang warganegara Malaysia yang sah.
Selain itu, isu 'blackout' di sebuah pusat penjumlahan undi di Bentong yang mengakibatkan kekalahan parti pembangkang telah dimainkan berleluasa.
"Kita telah pun siasat dan tiada berlakunya kejadian seumpama itu dan pihak yang mendakwa sedemikian tidak pula membuat laporan polis mengenai perkara tersebut jadi kenapa mereka mahu memainkan isu-isu seperti itu," kata Ismail.
Ismail menggesa isu-isu ini perlu dihentikan dari terus dimainkan di kerana ianya mampu mencetus hasutan dan provokasi.
Topic Berkaitan
#pengundi hantu
#pilihan raya
#polis
#Tan Sri Ismail Omar
#trak
#tuduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan