awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri ajak Keluarga Malaysia pertahan kemerdekaan, terus bersatu padu

Bernama
Bernama
28/08/2022
07:59 MYT
Ismail Sabri ajak Keluarga Malaysia pertahan kemerdekaan, terus bersatu padu
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan wira-wira terdahulu menjelang sambutan Hari Kebangsaan, tidak lama lagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan wira-wira terdahulu menjelang sambutan Hari Kebangsaan, tidak lama lagi.
Perdana Menteri berkata, atas rasa cinta kepada negara, Keluarga Malaysia harus terus bekerjasama dan bersatu padu bagi membangun dan menjaga kedaulatan negara.
"Selamat Hari Kebangsaan 2022. Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Merdeka! Merdeka! Merdeka!," kata Ismail Sabri menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, hari ini.
Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' bakal disambut Rabu ini seawal 7 pagi di Dataran Merdeka secara besar-besaran dengan sasaran seramai 50,000 pengunjung.
Pelbagai acara menarik diatur bagi menyemarakkan sambutan tahun ini termasuk keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan 2022
#Keluarga Malaysia
#pertahan kemerdekaan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan