KOTA BHARU: Lebih 5,000 hadir bagi bersama-sama memeriahkan program "Bekwoh" atau kenduri besar-besaran yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.
Hidangan istimewa gulai daging kawah, ayam goreng kunyit, ikan tilapia masak sambal, acar timun dan nasi putih menyambut ketibaan Perdana Menteri ke negeri Cik Siti Wan Kembang pada program "bekwoh" itu.
Sebelum menjamu selera, Ismail Sabri yang tiba pada 12.20 tengah hari di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Ketereh, dekat sini diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga penyelaras Jelajah AKM Kelantan, turut mengambil peluang bersama-sama rakyat Kelantan memasak gulai kawah.
Antara turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Kelantan Datuk Azami Mohd Nor.
Sebelum itu sejurus tiba, Ismail Sabri merasmikan prapelancaran Hab Digital Ketereh dan teknologi 5G, yang bertujuan memperkasa usahawan tempatan dan mengoptimum jualan dalam talian.
Selesai sesi itu, beliau menuju ke dewan utama YKK dan dihiburkan dengan persembahan silat sebelum meluangkan masa menyantuni tetamu dalam kalangan penduduk setempat di khemah yang menempatkan 11 kawah berisi gulai daging kawah.
Ismail Sabri dan tetamu juga dihiburkan beberapa persembahan nyanyian dari PENTARAMA di bawah Jabatan Penerangan Malaysia.
Ismail Sabri meluangkan masa lebih sejam dan turut beramah mesra, bersalaman serta berswafoto dengan rakyat Kelantan sebelum meninggalkan majlis pada kira-kira 1.40 tengah hari.
Sementara itu, penduduk dari Kok Lanas, Siti Hamnah Abdullah, 59, ketika ditemui Bernama meluahkan keterujaannya dapat bertemu dengan pemimpin nombor satu negara itu pada program tersebut.
"Sebelum ini saya dengar dari kawan yang ada jemputan ke program "bekwoh" ini, saya pun setuju nak datang sebab teruja nak jumpa pemimpin nombor satu di Malaysia secara bersemuka dan gembiralah dapat selfie dengan Perdana Menteri," katanya.
Selain gembira dengan kehadiran Perdana Menteri serta beberapa menteri yang lain, Nur Hisham Mahmud, 42, dari Telipot di sini berkata program "bekwoh" Keluarga Parlimen Ketereh itu amat baik kerana dapat mengeratkan silaturahim.
"Saya datang sini dengan ahli keluarga kira-kira 10 pagi sebab teruja hendak jumpa Perdana Menteri. Seronok dapat jumpa beliau secara bersemuka," katanya menambah makanan yang dihidangkan juga amat menyelerakan.
AKM Kelantan yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital membuka tirai semalam hingga esok, bakal memanfaatkan Keluarga Malaysia di negeri ini dengan pelbagai program rakyat dan digitalisasi selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha memantapkan pendigitalan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Suasana orang ramai yang hadir pada Majlis Bekwoh sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan dan perasmian Hab Digital Ketereh dan 5G di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), hari ini. - Foto BERNAMA
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Ketua pembangkang Korea Selatan desak pemecatan Yoon
Ketua pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung, menyatakan bahawa pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol adalah cara terbaik memulihkan ketenteraman negara.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Kenyataan itu dibuat sehari sebelum pengundian parlimen mengenai tindakan singkat Yoon melaksanakan undang-undang tentera.
Ismail Sabri dan rakyat Kelantan meriahkan "Bekwoh" Keluarga Malaysia
Lebih 5,000 hadir bagi bersama-sama memeriahkan program "Bekwoh" atau kenduri besar-besaran yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.