BANGKOK: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut dengan hamparan permaidani merah sebaik tiba di perkarangan pejabat Perdana Menteri Thailand, yang dikenali sebagai Rumah Kerajaan, di sini hari ini.
Ketibaan beliau disambut oleh rakan sejawatnya Prayuth Chan o-cha sebelum lagu kebangsaan Malaysia serta lagu kebangsaan Thailand dialunkan, dan kedua-dua pemimpin itu memeriksa perbarisan kawalan kehormat.
Mereka kemudiannya mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan isu-isu berkaitan hubungan dua hala, kerjasama ekonomi dalam pelbagai bidang, di samping isu-isu serantau dan antarabangsa.
Ismail Sabri dan Prayuth dijangka mengadakan persidangan media bersama selepas mesyuarat.
Beliau kemudiannya menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Prayuth di Rumah Kerajaan.
Ismail Sabri tiba di Bangkok semalam untuk memulakan lawatan sulung beliau ke Thailand selama tiga hari, sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan Ogos lepas.
Lawatan rasmi Ismail Sabri ini adalah sebahagian daripada lawatan pengenalannya ke negara-negara di Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, dan sebelum ini beliau telah melawat Indonesia, Singapura, Brunei dan Kemboja.
Thailand kekal sebagai rakan dagang keenam terbesar bagi Malaysia di dunia dan kedua terbesar di dalam ASEAN, manakala Malaysia kekal sebagai rakan dagang keempat terbesar bagi Thailand di dunia.
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand mencatatkan peningkatan positif sebanyak 23 peratus dengan jumlah perdagangan bernilai RM97.97 bilion tahun lepas berbanding RM79.63 bilion bagi 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Ketibaan Ismail Sabri disambut oleh Prayuth Chan o-cha sebelum lagu kebangsaan Malaysia serta lagu kebangsaan Thailand dialunkan. - Bernama
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
Madinah jadi saksi pertemuan keluarga dan anak
Selepas setahun tidak bertemu, seorang anak, pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah bersyukur dapat membawa sendiri ibu bapanya, yang juga jemaah haji musim 1445H/2024M untuk ziarah luar di Madinah.
Tenaga Boleh Baharu: Pulau Borneo berpotensi besar jadi pembekal
Jelas Fadillah lagi, negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh diperbaharui (RE).
Aksi United serba tidak menjadi
AKSI Manchester United pada musim ini bagai serba tak kena apabila berdepan risiko gagal layak ke kejohanan Eropah buat kali kedua sejak musim 1989/90.
Bekalan Tenaga: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan
Fadillah menjelaskan kerjasama dengan negara-negara dalam rantau ASEAN juga akan diperluaskan bagi sektor bekalan tenaga.
[TERKINI] PETRA terus komited semarakkan ekonomi berasaskan hidrogen
Menurut Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, komitmen itu adalah cerminan aspirasi untuk mencapai penyahkarbonan global yang disifatkan sebagai perkara penting menerusi
perintis penyelesaian tenaga.
perintis penyelesaian tenaga.
Google Wallet henti sokong OS lama, perlu sekurang-kurangnya Android 9
Keperluan sistem operasi minimum ini akan berkuat kuasa mulai 10 Jun 2024.
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.