awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri, Keluarga Malaysia ucap takziah kepada keluarga Rayan

Bernama
Bernama
06/02/2022
04:03 MYT
Ismail Sabri, Keluarga Malaysia ucap takziah kepada keluarga Rayan
Rayan menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya dikeluarkan dari terperangkap di dalam perigi dan dibawa ke hospital. - Foto media sosial
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas terperangkap selama lima hari dalam sebuah perigi kering di sebuah kampung di utara Maghribi.
Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook beliau berkata Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan Oram.
"Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT," katanya dalam catatan tersebut, hari ini.
Rayan terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter pada Selasa di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan bukit dekat Chefchaouen dan usaha menyelamatkannya dijalankan sejak itu.
Lewat malam Sabtu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kanak-kanak Maghribi
#terperangkap dalam perigi
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan