awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2024
09:55 MYT
Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD
Ismail Sabri berkongsi gambar kad pelajarnya di akaun Facebook rasmi beliau hari ini.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu mengenai bidang atau kursus pembelajaran yang diteruskan di universiti berkenaan.
“Alhamdulillah, hari ini dapat kad pelajar.
“Rasmi, hari ini saya jadi pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Beliau memaklumkan mengenai peringkat pengajian tersebut di ruangan komen untuk menjawab pertanyaan pengguna media sosial itu.
Sebelum ini, Ismail Sabri pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) pada 1980.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Bera itu tidak menyangka bahawa beliau masih berkemampuan untuk melanjutkan pengajian walaupun sudah berusia 64 tahun.
“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#lanjut pelajaran
#PhD
#UUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan