[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
MALAYSIA

Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM

Bernama 25/04/2025 | 08:05 MYT
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke ibu pejabat SPRM untuk kali kesembilan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan beliau.

Ringkasan AI
  • Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke ibu pejabat SPRM untuk kali kesembilan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
  • Kes berkaitan perbelanjaan dan dana promosi program Keluarga Malaysia semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
  • Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kesembilan itu tiba pada 2.52 petang dan kehadiran beliau ke ibu pejabat SPRM merupakan kali kesembilan bagi tujuan memberi keterangan.
Semalam, beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 6.11 petang selepas selesai proses merakam keterangan yang berlangsung selama tujuh jam.
Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
-- BERNAMA
#ismail sabri yaakob #SPRM #sambung beri keterangan #pengubahan wang haram #terkini