awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri selesai beri keterangan selepas hampir empat jam

Bernama
Bernama
25/04/2025
13:15 MYT
Ismail Sabri selesai beri keterangan selepas hampir empat jam
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberikan keterangan untuk kali kesembilan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberikan keterangan untuk kali kesembilan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Beliau yang memberikan keterangan hampir empat dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 6.55 petang.
Menurut sumber, rakaman percakapan Ismail Sabri selesai setakat hari ini namun tidak dapat mengesahkan berhubung proses rakaman lanjutan melibatkan perdana menteri kesembilan itu.
Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga Nov 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 3 Mac lepas, Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah rumah yang dijadikan 'safe house' hasil serbuan SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SPRM
#beri keterangan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan