awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong

Sinar Harian
Sinar Harian
13/02/2023
22:00 MYT
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
ISMAIL SABRI: Segalanya berkat kerja keras, muafakat dan keyakinan setiap jabatan dan institusi, serta ketekunan setiap Keluarga Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini sejak bangkit dengan gahnya dari pandemik COVID-19. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa terharu terhadap titah penghargaan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
"Saya terharu dengan titah Tuanku pada pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini yang memberi titah penghargaan kepada kerja keras sebelum ini, hingga negara kita muncul menjadi yang terbaik di Asia Tenggara kini," dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
"Kejayaan hari ini, tidak datang dengan mudah seperti yang dibayangkan.
"Ia adalah berkat kerja keras, muafakat dan keyakinan setiap jabatan dan institusi, serta ketekunan setiap Keluarga Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini sejak bangkit dengan gahnya dari pandemik COVID-19," katanya.
Istiadat pembukaan sidang Dewan Rakyat dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seri Paduka Baginda turut bertitah mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen supaya menumpukan usaha dalam memastikan kestabilan yang diimpikan semua dapat dicapai sepenuhnya.
Dalam pada itu, Ismail dalam hantaran itu mendoakan kesejahteraan terhadap Seri Paduka Baginda yang merupakan tonggak utama kepada negara.
"Negara yang bernaung di bawah kebijaksanaan Tuanku ini akan terus menapak gagah di tangga-tangga kejayaan andai dipimpin oleh tangan yang cintakan kejayaan, serta memelihara perlembagaan dengan penuh ketekunan dan juga integriti," kata beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Yang di-Pertuan Agong
#Parlimen
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan