awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri terima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan AS

Bernama
Bernama
18/11/2021
10:05 MYT
Ismail Sabri terima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan AS
Perdana Menteri berkata dalam pertemuan itu mereka berbincang mengenai potensi untuk meluaskan kerjasama dua negara. - Gambar/ Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Gina Raimondo di pejabatnya di Bangunan Parlimen, di sini.
Dalam catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata dalam pertemuan itu mereka berbincang mengenai potensi untuk meluaskan kerjasama, di samping peluang-peluang bagi meneroka laluan baharu yang akan memberi manfaat kepada perdagangan antara kedua-dua negara.
"Malaysia menyanjung hubungan dua hala yang baik dengan Amerika Syarikat dan kita optimis kedua-dua negara akan mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih diucapkan kepada Raimondo dan delegasi terhadap lawatan ini," katanya.
Gambar Perdana Menteri bersama Raimondo turut dimuatkan di laman Facebook itu.
Ini merupakan kali pertama lawatan rasmi Raimondo ke Malaysia selepas dipilih untuk berkhidmat sebagai setiausaha perdagangan di bawah pentadbiran Presiden Amerika Joe Biden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ismail Sabri
#Amerika Syarikat
#Setiausaha Perdagangan AS
#Gina Raimondo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan