awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua

Faida Rahim
Faida Rahim
14/03/2025
01:10 MYT
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Kenderaan yang membawa masuk Ismail Sabri memasuki bangunan ibu pejabat SPRM di Putrajaya, pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada jam 8.46 pagi bagi memberi keterangan hari kedua dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
Bekas Perdana Menteri kesembilan itu hadir dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam jenis Audi dengan diiringi polis pengiring.
Ahli Parlien Bera itu yang memakai kurta putih turut melambai kepada pengamal media yang berada di perkarangan luar ibu pejabat SPRM.
Ismail Sabri diarah kembali menyambung keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi ini.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menolak khabar angin bahawa Perdana Menteri ke-9 itu ditangkap apabila tampil memberi keterangan.
Pada Khamis, pegawai penyiasat SPRM mengambil masa kira-kira lima jam untuk merekodkan kenyataan Ismail Sabri yang tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.46 pagi.
Pada 11 Februari lalu, beliau disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat SPRM berhubung perbelanjaan ratusan juta ringgit yang dibelanjakan untuk perbelanjaan promosi dan publisiti semasa pentadbirannya dari 2021 hingga 2022.
Hasil siasatan yang dijalankan setakat ini, SPRM sudah merampas wang tunai dalam pelbagai bentuk mata wang asing berjumlah kira-kira RM170 juta bersama 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta.
Rampasan itu dibuat hasil serbuan terhadap tiga premis termasuk safe house selepas SPRM menahan empat bekas pegawai kanannya ketika menjadi Perdana Menteri.
SPRM juga membekukan 13 akaun bank yang mengandungi lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap Ismail Sabri.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SPRM
#kes rasuah Ismail Sabri
#jongkong emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan