NATIONAL

Ismail Sabri ucap tahniah U-Wei terpilih Ketua Juri Festival Filem Antarabangsa Moscow

Bernama 06/09/2022 | 11:39 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pengarah filem tersohor negara, U-Wei Saari yang dipilih mewakili Malaysia sebagai ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow, Rusia yang berlangsung bulan lepas.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pengarah filem tersohor negara, U-Wei Saari yang dipilih mewakili Malaysia sebagai ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow, Rusia yang berlangsung bulan lepas.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, pemilihan U-Wei merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.

"Syabas kerana memperkasa dan mengantarabangsa Bahasa Melayu dengan menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu di Moscow," katanya.

U-Wei memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa Moscow apabila menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu sekali gus dilihat memartabatkan bahasa ibunda. - BERNAMA


#ismail sabri yaakob #U-Wei Saari #Ketua Juri #Festival Filem Antarabangsa Moscow