Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam.
"Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan masyarakat Palestin agar menyuarakan kecaman mereka. Keganasan bukanlah satu jawapan.
"Satu strategi yang betul diperlukan untuk memberikan keadilan kepada rakyat Palestin," kata Perdana Menteri dalam satu posting di blognya pada Isnin.
Dalam satu tulisan yang agak keras bertajuk 'A Genocidal State', Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat melihat ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin tetapi Israel tidakpun dikritik oleh mereka yang bercakap mengenai kebebasan dari ketidakadilan dan 'kedaulatan undang-undang'.
"Israel seperti ada hak istimewa. Jika ada pihak mengkritik Israel ataupun holocaust, dia akan terus dilabelkan sebagai anti Yahudi. Memberi implikasi orang itu tidak berperikemanusiaan ataupun tidak bermoral.Tetapi tindakan tidak berperikemanusiaan secara terang-terangan yang dilakukan Israel tidak dikutuk," katanya.
Malaysia bukan anti-Yahudi atau anti-Semitik, kata beliau, sambil menyatakan orang Arab juga adalah kaum Semitik.
"Tetapi kita berhak untuk mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan di mana-mana, oleh sesiapa sahaja. Kita telah mengutuk rakyat Myanmar atas perbuatan mereka terhadap Rohingya. Kita mengkritik banyak negara dan orang atas perbuatan tidak berperikemanusiaan.
"Ramai orang dan banyak negara telah mengutuk kita. Tetapi kita tidak pernah dilabelkan atau melabel orang yang bersuara perkara benar dalam dunia yang bebas," kata Dr Mahathir.
BACA: Malaysia tegas dengan pendirian anti-Israel - PM
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa telah membatalkan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan pada 29 Julai hingga 4 Ogos di Kuching selepas Malaysia menyatakan pendirian tidak akan membenarkan atlet Israel menyertainya.
"Malaysia halang dua atlet Israel - AS mengharamkan rakyat lima negara Islam dan merancang untuk membina tembok menghalang rakyat Amerika Selatan.
"Hungary, Poland dan Republik Czech mengharamkan kemasukan pelarian. Perdana Menteri Hungary Viktor Orban merujuk pelarian Syria sebagai 'Muslim Penceroboh'," katanya merujuk situasi sekarang yang tidak munasabah.
BACA: Tiada kompromi, Malaysia tetap halang kemasukan atlet Israel
Menyedari tentang sokongan kuat terhadap Israel, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak boleh melawan Israel selain enggan mengiktirafnya, tetapi menyatakan Kuala Lumpur mempunyai hak untuk menghalang kemasukan rakyat Israel ke negara ini.
"Apabila dunia mengutuk kita kerana perkara ini, kita berhak untuk mengatakan dunia kini bersikap hipokrit. Laungan mereka mengenai hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang hanyalah omong kosong," kata Perdana Menteri.
Kepada mereka yang terlupakan sejarah, Dr Mahathir mengingatkan mereka Israel wujud dari sekeping tanah Palestin tanpa sebarang referendum atau pungutan suara diadakan, dengan rakyat Palestin dihalau dari bumi Palestin tanpa sebarang pampasan untuk tanah dan rumah yang dirampas oleh Israel.
Katanya, Israel kemudiannya merampas lebih banyak tanah Palestin supaya Israel menjadi lebih besar, membina lebih banyak penempatan di bumi Palestin tanpa persetujuan negara Palestin.
"Apabila rakyat Palestin menentang dan melemparkan batu ke arah kereta kebal dan kereta perisai Israel, askar Israel menembak menggunakan peluru hidup terhadap anak-anak Palestin dan menangkap mereka. Mereka ditahan bertahun-tahun tanpa dibicarakan," katanya.
Dr Mahathir merujuk kepada sekatan secara haram terhadap Gaza, tetapi tidak ada negara yang mengutuk Israel kerana melanggar undang-undang dan tatasusila antarabangsa.
"Kini Israel isytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara mereka. Apabila rakyat Palestin menampar tentera Israel, mereka ditembak mati dan ramai yang ditahan," katanya sambil menambah rakyat Palestin tidak boleh melawat saudara mereka tanpa terlepas daripada pemeriksaan yang memalukan di pelbagai pusat pemeriksaan yang dibina Israel.
Apabila orang Palestin melepaskan roket yang tidak berkesan ke arah Israel, beliau berkata, Israel akan menggugurkan bom dan menembak peluru berpandu ke arah bandar-bandar dan perkampungan Palestin, menghancurkan sekolah dan hospital serta membunuh dan mencacatkan pesakit dan kanak-kanak.
Katanya, beribu-ribu rakyat Palestin telah dibunuh atau cedera akibat tindakan ketenteraan.
Semua ini, katanya, adalah jawapan kenapa Malaysia tidak mengiktiraf Israel, tidak mempunyai hubungan diplomatik, tidak membenarkan rakyat Malaysia melawat Israel ataupun sebaliknya.
"Inilah satu-satunya negara di dunia yang dilayan Malaysia seperti ini," kata Dr Mahathir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 28 2019
Kekejaman Israel pada penduduk Palestin adalah sesuatu yang sangat dikecam. - Gambar hiasan
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Atlet, legenda sukan suarakan solidariti untuk Gaza
Atlet, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.