awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel perlu henti cipta berita tidak tepat - Syed Hamid

Faida Rahim
Faida Rahim
02/11/2023
22:45 MYT
Israel perlu henti cipta berita tidak tepat - Syed Hamid
Syed Hamid kesal dengan pendirian beberapa negara barat yang dilihat enggan memberikan dukungan kepada isu-isu kemanusiaan di Gaza. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Israel perlu menghentikan mencipta pemberitaan tidak tepat malah memburukkan rakyat Palestin kerana segala paparan sebenar boleh disaksikan sendiri di media sosial.
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar menegaskan, Israel tidak perlu terus menerus menipu dengan menggunakan taktik ideologi Hamas untuk mengaburkan mata masyarakat dunia kerana penduduk dunia sudah peka dan faham.
"Dulu Israel berutung kerana mereka dapat mencipta cerita, propaganda mereka, tapi sekarang sosial media sudah ada.
"Melalui itu kita dapat mengetahui keadaan sebenar dan membuat analisa. Sekarang bukan lagi Kerajaan di barat untuk mencari hala tuju, rakyat di seluruh dunia bangkit dan bangun tidak mahu melihat kezaliman the operasor, the aggresors, who is the big team sekarang orang dah faham," katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Tambahnya, tekanan yang dikenakan terhadap negara menyokong pembebasan Palestin sudah menjadi lumrah apatah lagi sikap itu amat bertentangan dengan dasar Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang menyokong serangan dilakukan Israel.
Beliau juga menegaskan serangan terhadap Israel itu disifatkan sebagai ‘penentangan sah’ demi kedaulatan dan kebebasan Palestin dan Israel perlu sedar akan fakta itu.
"Tarikh 7 Oktober bukan sebabnya tercetusnya peperangan kali ini. Ia terjadi kerana 75 tahun ethnic cleansing, terjadinya kepada illegal occupation, terjadinya penjara terbuka, tanpa demokrasi dan kebebasan yang dinafikan kepada rakyat Palestin," katanya.
Sementara itu, beliau juga berasa kesal dengan pendirian beberapa negara barat yang dilihat enggan memberikan dukungan kepada isu-isu kemanusiaan di Gaza.
Dalam masa sama, beliau berharap pihak antarabangsa melihat penindasan Israel terhadap rakyat Palestin menerusi sudut kemanusiaan dengan pertimbangan rasional.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Hamas
#Israel
#Gaza
#Hamid Albar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan