MALAYSIA
Israel tuduh aktivis Global Sumud Flotilla pengganas - Nadir Al-Nuri
Menerusi video yang dirakam Ben Gvir menuduh peserta GSF sebagai pengganas. - Foto ihsan pembaca/Sinar Harian
SHAH ALAM: Israel menuduh aktivis Global Sumud Fortilla (GSF) yang ditahan sebagai pengganas.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, Itamar Ben Gvir yang juga Menteri Keselamatan negara itu berusaha keras bagi menampakkan peserta misi kemanusiaan itu seperti pengganas menerusi video yang dirakam.
"Pertama sekali kita tak share (kongsi) video ni sebab percaya propaganda mereka tapi sebab kesian pengganas Ben Gvir ni 'try hard' betul nak bagi nampak peserta GSF pula macam pengganas. Apabila peserta mula laung Free Free Palestine terus cut video.
"Kedua dia kata ada satu je kotak bantuan padahal team Sumud Nusantara yang beli, pek dan agih bantuan untuk dibawa dalam majoriti kapal dan kita dah tunjuk video di medsos kita," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.
Beliau yang dikenali sebagai Nadir Al-Nuri berkata, menerusi video yang dipaparkan kelihatan semangat peserta GSF masih tinggi.
"Saat 0.06 tu nampak macam Kakja, Ika (The Helmis) dan geng-geng kitalah dalam video tu.
"Semangat depa tinggi, masa ditangkap pun cukup gagah dan reda. Kakja dan Ika khususnya, dua peserta akhir yang Sumud Nusantara pilih untuk join flotilla sebab depa sanggup lari dari Madinah untuk join.
"Nanti saya cerita lagi kisah mereka. Sini jam 3am (pagi) dah," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan berita terkini di sini