Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Beliau bertitah istana hanya berpihak kepada perlembagaan dan undang-undang yang dilaksanakan secara adil dan saksama.
"Istana juga sentiasa akur kepada kehendak rakyat yang selaras dengan sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan negara ini.
"Apa yang menjadi kewajipan istana ialah membimbing rakyat kepada kesantunan budi dan keluhuran adat yang mulia," titah beliau ketika merasmikan Majlis Muhibbah Bersama Masyarakat Cina dan Siam di One Centre Malaysia Darul Abrar dekat sini, petang ini.
Beliau merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah kepimpinan istana adalah saksama, merentasi agama, parti politik dan warna kulit.
Tuanku Syed Faizuddin juga menegaskan setiap kerajaan dan pentadbiran harus sentiasa adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira latar politik mereka.
Turut hadir pada majlis itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 14 2018
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, istana hanya berpihak kepada perlembagaan dan undang-undang yang dilaksanakan secara adil dan saksama. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Jangan 'bergayut' di pagar istana - Salahuddin
Kata Salahuddin, seseorang ahli Parlimen perlu memiliki sokongan majoriti sekiranya mahu menjadi perdana menteri demi rakyat dan negara.
Langkah berjimat - lucut hak kerabat
Tindakan diambil sejajar dengan usaha Parlimen Sweden - Riksdag - tahun lalu yang menjalankan semakan dan siasatan bagaimana untuk mengawal perbelanjaan keluarga di raja Sweden.
Sindiran TMJ buat rakyat hilang rasa hormat - Khairuddin
Tindakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memuat naik kenyataan berunsur sindiran di laman sosialnya menjadikan rakyat hilang hormat kepada Tunku Mahkota Johor itu.
Ini pasukan saya, untuk bela rakyat Johor - MB Johor
Beliau mengulangi bahawa kesemua Exco dipilih, adalah satu pasukan yang beliau selesa bekerja, dan percaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab membela rakyat dengan baik.
Kerajaan terbuka kepada cadangan bina Malaysia baharu - Wan Azizah
Beliau berkata dengan penglibatan seluruh masyarakat, usaha pentadbiran kerajaan merencana pembangunan mampu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh sifatnya.
Ahmad Zahid, Hishammuddin menghadap Raja Perlis
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, dipercayai berkaitan isu
Siapa bakal MB Pahang?
Meskipun, BN berjaya mempertahankan kubu kuatnya apabila menangi 25 kerusi daripada 42 kerusi Dun, tetapi pelantikan pemimpin yang menerajui negeri ini masih menjadi tanda tanya.
Istana terbiar 100 tahun milik Tunku Kudin bukan Raja Bersiong - Persatuan Sejarah
Istana itu dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.
Anwar mohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan mengelirukan
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya.
Anwar Ibrahim punca kemelut politik Selangor - Hasil Kaji Selidik
Rata-rata rakyat Selangor bersetuju krisis politik di Selangor ketika ini adalah berpunca daripada angkara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.