KOTA BHARU: Istana Kelantan dengan tegas menyangkal dakwaan sebuah portal yang menyatakan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan suami dilarang ke istana.
Menurut Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan kenyataan seperti yang disiarkan oleh portal itu adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas.
"Tidak pernah ada larangan seperti yang didakwa dikeluarkan oleh Istana Kelantan.
"Istana Kelantan memandang serius tohmahan berupa fitnah seperti itu dan menyarankan agar pengamal media merujuk kepada Istana terlebih dahulu mengenai kesahihan apa-apa berita sebelum disiarkan bagi mengelak dari mengelirukan masyarakat," katanya melalui satu kenyataan malam ini.
Pihak Istana juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan sekiranya fitnah tidak berasas itu berlarutan.
Kenyataan Istana Kelantan itu merujuk kepada satu laporan sebuah portal yang bertajuk "Ketua Hakim Negara dan suami diharam pijak kaki di Istana Kelantan".
Dalam laporan yang dikeluarkan portal itu antara lain memaklumkan sekalipun Ketua Hakim Negera berasal dari Kelantan tetapi Sultan Kelantan tidak mahu bertemu dengannya.
Terdapat sumber mengatakan dua nama disenarai hitam dan diharamkan dari menjejakkan kaki ke Istana Kelantan ialah seorang pemimpin politik yang kini bergelar menteri.
Vivi Sumanti
Fri Aug 26 2022
Istana Kelantan dengan tegas menyangkal dakwaan sebuah portal yang menyatakan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat (foto) dan suami dilarang ke istana. - Gambar fail
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Amang seksual dipenjara 24 tahun? Lebih serius daripada rogol rupanya - Zaid Ibrahim
Beliau mendakwa hukuman sedemikian wajar diteliti semula apabila ia dilihat lebih berat berbanding kesalahan merogol.
Lelaki Pakistan bunuh doktor terlepas hukuman gantung
Seorang lelaki warga Pakistan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati mandatori yang dijatuhkan ke atasnya dengan penjara 36 tahun dan 12 sebatan.
Bantuan guaman rapatkan jurang dalam keadilan - Tengku Maimun
Keadilan yang menjadi sebagai asas penting masyarakat perlu boleh diakses secara universal dan bukan keistimewaan yang dikhaskan.
Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Ketua Hakim Negara mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed Dzaiddin Abdullah.
[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara
Allahyarham Mohamed Dzaiddin cukup disegani terutama apabila beliau menjadi peguam pertama dilantik Ketua Hakim Negara.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam ini.
Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun
Litigasi berkaitan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka akan terus meningkat pada tahun mendatang.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan terbabit mengikut batasan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.
Hakim bebas buat keputusan berdasarkan fakta, undang-undang - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata berbeza dengan ahli politik, hakim tidak perlu menjawab kepada sesiapa, atau diperintah oleh desakan politik atau populariti.
Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X
Mahkamah menegur seorang peguam yang membuat kenyataan bersifat putar belit mengenai prosiding petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di platform X.