Istana Negara nafi keluar kenyataan berhubung isu integriti perkhidmatan awam

Bernama
April 18, 2023 14:26 MYT
Menerusi catatan di Facebook, Istana Negara memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini menafikan ada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu integriti perkhidmatan awam seperti yang tular di media sosial hari ini.
Menerusi catatan di Facebook, Istana Negara memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara tidak mengeluarkan kenyataan media seperti yang dipaparkan dan yang telah tular di media sosial, hari ini.
"Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media," menurut catatan itu.
-- BERNAMA
#Istana Negara #integriti #nafi dakwaan #perkhidmatan awam