Istana Pahang tarik gelaran Datuk Sanjeevan

Mohd Zalani Md Atan
September 15, 2021 09:30 MYT
Darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang dikurniakan kepada R Sri Sanjeevan ditarik balik oleh Istana Pahang, berkuat-kuasa 24 Ogos lalu. - Gambar fail
KUANTAN: Darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan ditarik balik oleh Istana Pahang, berkuat-kuasa 24 Ogos lalu.
Pengumuman penarikan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang menerusi satu kenyataan media hari ini.
“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.
“Penama terbabit tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan.
"... dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta,” kata kenyataan itu.
#Istana Pahang #tarik gelaran datuk #Sri Sanjeevan #MyWatch