awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana Pahang tarik semula gelaran Datuk bagi Farid Kamil, Boy Iman

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2021
09:59 MYT
Istana Pahang tarik semula gelaran Datuk bagi Farid Kamil, Boy Iman
Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada Farid Kamil dan Boy Iman ditarik balik dan dibatalkan serta-merta, umum Istana Pahang. - Gambar fail
KUANTAN:Gelaran darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada dua selebriti tanah air, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman ditarik semula oleh Istana Pahang.
Pengumuman penarikan semula darjah kebesaran itu dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Pahang selaku Pendaftar Darjah menerusi kenyataan media.
“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama berikut ditarik balik dan dibatalkan.
“Penama terbabit tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang serta-merta,” kata kenyataan itu.
Selain Farid Kamil dan Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman A Rahman, turut ditarik semula pingat kebesaran mereka ialah tiga ahli perniagaan iaitu Wong Shee Kai @ Ricky (DIMP) ; Tran Thi Mai @ Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman.
Pengumuman berkenaan turut memaklumkan tarikh penarikan semula gelaran berkenaan daripada penerima-penerima itu kecuali Syed Mohammad Faiz berkuat kuasa 1 Februari lalu.
Penarikan semula darjah kebesaran daripada Syed Mohammad Faiz pula berkuat kuasa 12 November 2020.
Kesemua mereka turut diarahkan menyerahkan kembali pingat dan darjah kebesaran yang diterima.
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#Boy Iman
#gelaran Datuk
#Datuk
#Istana Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan